ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 19 June 2013

ANWAR PERLU BELAJAR HORMAT NAJIB SEBAB NAJIB TIDAK KALAH!??

“Anwar boleh lantik siapa sahaja yang dia mahu sebagai speaker dan kita akan terima tapi tunggu dia jadi Perdana Menteri. Sekarang dia perlu hormat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak”.

Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13.

Jelas Sharkar selanjutnya, Anwar tidak perlu jadi kartun atau buat cerita lawak kerana dia pasti akan malu sendiri apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.
Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, seharusnya Anwar lebih bijak mengeluarkan kenyataan dan tahu bagaimana Yang diPertua Dewan Rakyat dilantik.

“BN sebagai kerajaan yang memerintah maka terpulanglah kepada kita untuk melantik siapa jadi Speaker. Kita tahu siapa yang layak dan tidak layak. Sebelum ini, dia juga yang cakap tidak terima keputusan PRU-13, kemudian mahu boikot Parlimen, sekarang dia pula sibuk mahu mencadangkan siapa patut jadi Speaker.
“Nampak sangat kemaruk untuk jadi Perdana Menteri… Sebenarnya, bagi saya Anwar rasa malu dengan penyokong sendiri kerana sebelum ini dia amat yakin dapat jadi Perdana Menteri. Bila kalah maka terpaksalah dia mereka ‘drama’ terbaru untuk tutup malu,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, Anwar perlu belajar untuk hormat orang lain dan jangan terlalu taksub mengejar jawatan sehinggakan semua perkara hendak dicampur tangan kononnya apa yang dicadangkan olehnya adalah yang terbaik.

“Sekiranya kerajaan sedia ada tidak menerima cadangannya maka perkara tersebut akan dijadikan ‘peluru’ untuk dicanangkan kepada rakyat memburukkan imej kerajaan”, ujarnya

1 comment:

  1. Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.

    ReplyDelete