ANIMSI

home

Followers


Wednesday, 23 January 2013

TERKINI! ANWAR TIDAK BERTANDING PERMATANG PAUH!


Kih Kih Kih!!
Anwar nak serah permatang pauh dekat azizah katanye!!
 
PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu.

“Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah.

“Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya  dimaklumkan,” katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu.

Sebelum ini, Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar  sejak 1982. Pada 1999,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  menggantikan suaminya.

Dr Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 berbanding lawannya 21,147.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388.

Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950.

Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008. Melepaskan kerusi tersebut memberi laluan kepada, Anwar untuk bertanding  pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional
(BN),  Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).

Nurul Izzah ketika ditemui Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR selepas wawancara bersama Anwar berkata, beliau akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai.

"Saya tanding di Lembah Pantai," kata beliau mengulangi pendirian sebelum ini.

No comments:

Post a Comment