ANIMSI

home

Followers


Wednesday 16 January 2013

KJ Kantoi Kan Anwar!! Kantoi Dah!! Kah KAh Kah!!

 
Kih Kih Kih!!
Anwar Kantoi!!
Kih Kih Kih!!
Anwar tau Isu ni Dia Mampos nak menang!!
Kih Kih Kih!!
Sudahla Nuar wei!!
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Sementara itu, Anwar dalam mesej Twitter berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Khairy menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya, yang dikeluarkan lima tahun lalu.
"Mahkamah: saman saya terhadap Khairy kerana menuduh saya boneka Amerika; Israel dan pengkhianat Melayu (ucapan beliau 07 sebagai bukti).
"Pagi tadi di mahkamah beliau menafikan beliau pernah membuat tuduhan tersebut. Saya berpuas hati dengan penarikan balik fitnah jahat beliau," katanya kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.
Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.
"Tiada perintah untuk kos," katanya.
Hakim turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah.
Perbicaraan kes itu yang bermula semalam sepatutnya disambung hari ini.

Kih Kih Kih!!
Kesian Nuar dengar cakap Singh saja la!!
Itu la ANwar!!
Kantoi!!
Kih Kih Kih!! 

No comments:

Post a Comment