ANIMSI

home

Followers


Tuesday 25 December 2012

PANAS!! PAS DAH TAK TAHAN KLIMAKS BILA DI USAP DAP

Selepas dikecam beberapa kali barulah Pas bersuara untuk mencemuh Lim Guan..Baru ni agaknya puak Pas ni sedar? atau sengaja? Hahahaha!!

SHAH ALAM - Pas Selangor mencemuh tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

“Setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu memikirkan sensitiviti agama Islam dan agama lain di negara ini serta dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan membelakangi keputusan mahkamah dan keputusan kolektif di peringkat Pusat.

“Pemimpin perlu berhati-hati dalam setiap kenyataan dan tindakan. Jangan sesekali mendahului keputusan yang belum diputuskan mahkamah,” katanya semalam.

Abdul Rani turut menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya menunggu keputusan yang bakal diputuskan mahkamah dan tidak memberikan kenyataan awal sebelum mendapat restu daripada pimpinan Pusat.

“PR bukan melibatkan satu parti sahaja. Ada banyak komponen di dalamnya, terutamanya  melibatkan isu sensitif seperti ini dan ia perlukan keputusan bersama, bukannya kenyataan peribadi," katanya.

Mengulas lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau menyifatkan perkataan ALLAH boleh digantikan dengan perkataan Tuhan atau ‘God’ seperti di kebanyakan negara Barat.

Katanya, Pas Selangor akan menurut sahaja keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama di peringkat Pusat dalam isu gesaan Guan Eng itu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz ALLAH adalah kalimah suci yang khusus bagi bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

No comments:

Post a Comment