ANIMSI

home

Followers


Saturday 22 December 2012

PANAS! FOTO!! TUAN IBRAHIM DAN KEMBARA OREN DIFELDA JENGKA DIHALAU WARGA PENDUDUK!!

 
 Kembara Oren turut dihalau dari masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.



Pihak Rela dan Pihak polis daerah berserta warga penduduk felda berjaya menghalang mereka dari terus membuat kacau pada petang tadi.



Tuan Ibrahim turut menyinap masuk membuat kecoh!


JENGKA 23 - Badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Wilayah Jengka berhimpun secara aman dan membuat laporan polis semalam bagi membantah penganjuran Himpunan Oren yang akan berlangsung di Istana Negara Sabtu ini.

Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Jengka (MBFJ), Mohd Nasharuddin Mat Nasir berkata, mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan menghalang perhimpunan terbabit yang dipercayai bertujuan memporak-perandakan penduduk tanah rancangan.

“Kami juga percaya perhimpunan itu diadakan untuk menggunakan kuasa-kuasa besar seperti Agong dan Perdana Menteri untuk menghentikan penyenaraian tersebut (Felda Global Ventures Bhd),” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nasharuddin berkata, perhimpunan itu perlu dihalang kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekecohan dan salah laku, selain boleh menyebabkan kecederaan kepada peserta sepertimana yang berlaku semasa Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

“Malah ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, selain bertujuan menghasut dan menakutkan peneroka Felda dengan mengatakan tanah mereka tergadai,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Himpunan Oren itu boleh menyebabkan imej Felda terjejas, sekali gus memberikan tanggapan negatif kepada pelabur yang melabur dalam saham Felda.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata, penganjuran Himpunan Oren itu menyebabkan pengagihan cek durian runtuh untuk isteri peneroka terpaksa ditangguhkan.

 “Ini menimbulkan kemarahan kami kerana sepatutnya cek tersebut telah diberikan kepada isteri peneroka sejak awal lagi.

“Kita sudah pun menikmati hasil daripada penyenaraian tersebut sebelum ini. Malah, sebaik sahaja menerima saham tersebut, sudah ada dalam kalangan peneroka yang mula menjualnya. Jadi untuk apa lagi kita membantah?” katanya.

Difahamkan kesemua 37 rancangan Felda Wilayah Jengka membabitkan kira-kira 400 warga Felda terlibat dalam perhimpunan aman itu yang berlangsung di padang Felda Jengka 23, pagi semalam.

Sejurus perhimpunan itu, sebahagian NGO seperti MBFJ dan Kelab Jengka Motorsports (JMC) membuat perhimpunan kecil dan laporan polis di Balai Polis Bandar Jengka.

No comments:

Post a Comment