ANIMSI

home

Followers


Sunday 18 November 2012

PANAS! PAS BUNUH BANGSA SENDIRI!!

   Beginilah keadaan sikap pas jika kita perhalusi sehingga sanggup membunuh bangsa sendiri.
   Pas seharusnya sedar didalam perjuangan parti bahawasanya umno tidak langsung mendokan kehancuran pas, sebaliknya tergamak pas mengajak rakyat (orang melayu) bermusuh dan membenci sesama bangsa sendiri.

  Sikap dan ketabsuban pas seharusnya di sedari oleh rakyat. Pas bukan memilih untuk menyelamatkan bangsa sebaliknya ingin menjadikan bangsa sendiri semakin lemah sehingga mempermudahkan bangsa lain untuk memijak bangsa Melayu!.


Doa 'KO BN' Pas
Doa 'KO BN' Pas
KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.  

Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini.

PAS patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment