ANIMSI

home

Followers


Saturday, 13 October 2012

SEKS ORAL: KK BEKAS MODEL DIPENJARA LAPAN TAHUN SEKS ORAL




KOTA KINABALU: Seorang bekas model dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini kelmarin atas kesalahan melakukan seks oral terhadap seorang wanita, pada tiga tahun lalu.

Abdul Malik Marsah dijatuhkan hukuman itu oleh tiga panel hakim, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Tuan Mah Weng Kwai serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong Dak Wah, selepas membenarkan rayuan terhadap hukuman namun mengenepikan sabitan atas kesalahan itu.

Keputusan itu dilakukan secara sebulat suara oleh ketiga-tiga hakim berkenaan selepas mendengar dan mempertimbangkan hujah daripada pihak perayu yang diwakili peguam Hamid Ismail dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwaraya Najib Zakaria.

Sementara itu, mahkamah juga mengenepikan rayuan balas daripada Najib yang menentang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Abdul Malik daripada pertuduhan merogol.

Terdahulu, Hamid dalam hujahnya berkata material fakta dalam pertuduhan kedua adalah tidak dibuktikan. Pertuduhan pertama adalah tidak berasas kerana tidak disiasat, PW1 tidak memberikan bukti yang berkaitan, dan kegagalan hakim Mahkamah Tinggi mempertimbangkan bukti pembelaan untuk pertuduhan pertama.

Pada awal tahun ini, Mahkamah Tinggi mengenepikan rayuan perayu atas hukuman dan sabitan kesalahan melakukan seks oral, serta mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan rotan yang dijatuhkan mahkamah rendah.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dan dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara 16 tahun dan empat sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi selepas mendapati adalah tidak selamat menyabitkan kesalahan itu terhadapnya.

Pada 22 November 2010, hakim mahkamah rendah telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malik selepas didapati bersalah. Namun, dia bernasib baik apabila diarahkan menjalani semua hukuman itu secara serentak.

Abdul Malik didapati melakukan seks oral terhadap mangsa berusia 23 tahun, pada 18 Julai 2009 di Waterfront, di sini, dan didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Dia juga dijatuhkan hukuman penajara dua tahun dan denda RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana mengurung mangsa. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Utusan Borneo 13 Okt 2012

1 comment:

  1. Saya dah pautkan blog ppj di dlm blog Kinta Menjerit

    http://kinta-menjerit.blogspot.com

    ReplyDelete