ANIMSI

home

Followers


Monday, 8 October 2012

PANAS! PENGIKUT AZMIN ALI DESAK FAEKAH DIBUANG!!


Orang-orang Timbalan Presiden PKR masih lagi meneruskan serangan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, kali ini lebih radikal dengan menggesa agar Faekah Husin dipecat dari jawatannya.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah dalam sidang medianya yang turut dihadiri S Manikavasagam, Ahli Parlimen PKR Kapar menggesa agar Faekah dipecat serta merta.

“Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah.
“Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di Shah Alam semalam.

Borhan memberi amaran, Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selaku timbalan presiden, pengerusi majlis pimpinan negeri merangkap pengarah pilihan raya sedangkan Faekah yang mengkritik Azmin secara terbuka tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti.

Kemarahan Borhan berpunca dari Faekah yang mengkritik Azmin ‘tidak cerdik berpolitik’ apabila mencanang Tan Sri Khalid Ibrahim bakal dipindah ke Putrajaya dan tidak lagi menjadi MB Selangor sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihanraya ke-13.

Sejurus Azmin dikritik ‘tidak cerdik berpolitik’, Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membidas Faekah sebagai memberi kenyataan yang membuta tuli tanpa meneliti maksud sebenar Timbalan Presiden PKR itu.
Katanya lagi, Faekah sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana tugasnya adalah di bawah dasar politik parti sekali gus tidak mempertikaikan segala keputusan kepimpinan.
“Kalau sebelum ini beliau terlebih dalam mengeluarkan kenyataan, mungkin selepas ini beliau harus meneliti terlebih dahulu sesuatu isu itu.
“Semua kita tertakluk di bawah dasar politik parti, jadi tolong hormat dan akur kepada keputusan ini.

“Dan bukan tugasnya dalam Standard Operation Procedure (SOP) selaku pegawai yang terlibat untuk komen atau mempertikai apa juga yang disebut dalam kepimpinan parti,” jelasnya. seperti dilaporkan Antarapos
Begitu juga dengan Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor meminta Faekah sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen netagatif terhadap Azmin, di mana dia sepatutnya menghubungi Timbalan Presiden PKR itu untuk mengetahui maksud sebenar sebelum membuat sesuatu komen.

No comments:

Post a Comment