ANIMSI

home

Followers


Monday 1 October 2012

PANAS!! INI DIA KENYATAAN PANAS BUAT PR MENGAKU KOTOR?!!!

Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.

Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.

Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif. 

Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.
-GAP

1 comment:

  1. biasa manusia bila mahu berkuasa mcm2 mereka blh buat..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete