ANIMSI

home

Followers

Friday, 12 October 2012

HOT!! NEELOFA JAWAB SKANDAL @?



“Saya tak nak komen tentang hubungan saya dengan Hans,” ungkap pelakon drama bersiri, ‘Kau Yang Terindah’, Neelofa ringkas saat diajukan mengenai status terkini hubungannya dengan aktor serta penerbit, Hans Isaac.

“Rasanya tidak adil untuk saya komen mengenai perkara ini apatah lagi ibunya baru saja meninggal dunia. Saya rasa tak seronok jika pihak saya saja yang bercakap. Saya hormat dengan perasaan dia sekarang yang baru saja kehilangan ibu tercinta. Apa yang boleh saya katakan, kami kawan macam biasa saja dan tak terfikir pun untuk ke peringkat seterusnya.”

Juara pertandingan Dewi Remaja 2010 ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Bersama Neelofa & King Koil di Pietro Ristorante Italiano, Damansara Heights, petang semalam di mana pada majlis tersebut juga turut diumumkan secara rasmi mengenai perlantikan Neelofa sebagai duta produk mereka.

“Empat bulan lepas, pihak King Koil telah menawarkan peluang ini kepada Lofa dan selepas perbincangan, Lofa akhirnya bersetuju untuk menerimanya kerana secara kebetulan, produk King Koil ini memang sudah menjadi pilihan Lofa dan keluarga sejak dari dulu lagi.
“Lofa rasa sangat teruja kerana dipilih untuk menjadi duta pertama produk ini malah turut bangga apabila diberi kepercayaan untuk mewakili jenama produk antarabangsa ini,” ujar Lofa yang menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama jenama tersebut.

Selaku duta, Lofa turut berkongsi mengenai pengalamannya melawat ke kilang King Koil bagi melihat sendiri proses pembuatan produk jenama tersebut. Selain itu, Lofa juga bakal muncul dalam satu acara bersama peminat serta pengguna King Koil di Viva Furniture Mall pada 2 hingga 4 November ini di mana pelbagai aktiviti dan hadiah menarik bakal menanti mereka yang hadir.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem ‘Hantu Kapcai’ ini turut memberitahu akan berehat seketika dalam dunia lakonan kerana ingin meluangkan waktu bersama keluarganya sebelum kembali semula ke set bagi terlibat dengan filem Osman Ali, ‘Pilot Cafe’ pada Januari depan.
“Sejak bulan puasa, setiap hari Lofa berada di set untuk penggambaran ‘Kau Yang Terindah’, jadi banyak perkara yang tertangguh, malah masa dengan keluarga juga kurang. Jadi, Lofa membuat keputusan untuk bercuti selama satu bulan dalam awal Oktober ini untuk berehat dengan secukupnya.”

No comments:

Post a Comment