ANIMSI

home

Followers


Monday 22 October 2012

DALANG PELACURAN!! RONINIE LIU SELESAI LUAR MAHKAMAH??!!


AIDCNews – 22/10/12 – Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Ronnie Liu telah menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran di selangor.
“Semasa saya menang pilihanraya dan menjadi ahli exco, dia (Khir) mengadakan sidang media dan mengkritik bahawa saya tidak layak mengawal urusan Kerajaan Tempatan, bidangkuasa yang sangat penting kerana saya mempunyai rekod buruk semasa menjadi pembangkang dan pernah menghalang kerajaan menutup pusat pelacuran,”kata Ronnie Liu ketika memfailkan saman terhadap Khir Toyo melalui firma guamannya, Tetuan Gobind Singh Deo & Co. 

Pada 3 November 2007, pihak polis telah menahan Ronnie Liu yang ketika itu Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan pelacuran di Bandar Puchong Jaya.
Ronnie ditahan di Balai Polis Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah melakukan serbuan dan penyitaan ke atas sebuah hotel Bandar Puchong Jaya.
Dalam serbuan itu, 22 pelacur warga asing telah berjaya ditangkap.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis terpaksa menahan Ronnie kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.

“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain,katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Zainal menambah, polis akan berusaha mengenal pasti kaitan Ronnie dengan hotel itu sehingga beliau berkeras mempertikaikan tindakan pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment