ANIMSI

home

Followers


Sunday 23 September 2012

PANAS! PENYANYI SHILA HAMZAH JADI MANGSA POLITIK DAP!


KUALA LUMPUR – Parti DAP cuba mengangkat kemenangan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) pada pemilihan Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta sebagai inspirasi buat ahlinya berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ia kerana Ahok yang dikatakan seorang berketurunan Cina serta beragama Kristian tetapi boleh menang pada pemilihan tersebut di Indonesia.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kemenangan Ahok yang tidak dijangka itu merupakan satu peristiwa yang turut membawa harapan kepada DAP di Malaysia.

“Ahok merupakan seorang Cina yang beragama Kristian. Beliau berjaya walaupun lawan menggunakan kempen kotor dan berunsur perkauman. Jelas rakyat Indonesia mengabaikan serangan perkauman dan mengundi berdasarkan prestasi.

“Jika negara yang dikatakan kurang maju seperti Indonesia boleh mengenepikan sentimen perkauman dan memilih prestasi untuk meningkatkan taraf hidup, rakyat Malaysia seharusnya boleh juga,” dakwanya.
Beliau membuat dakwaan itu melalui teks ucapannya pada Konvensyen DAP Perak seperti yang disiarkan kepada pihak media hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng dilihat cuba mengaitkan kejayaan penyanyi Shila Amzah menewaskan penyanyi dari merata Asia pada pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China dengan situasi politik negara.
Dakwa beliau, kejayaan penyanyi Melayu itu dengan menyanyikan sebuah lagu bahasa Cina memberi harapan bahawa pergantungan pada sentimen pelampau perkauman dan agama akan ditolak oleh rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment