Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta.
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal
keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi
memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Kekecohan dikatakan
bermula apabila seorang pemuda Edwin Singa Pelipus, 19, telah dibunuh
dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu
lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu
Difahamkan, kes bunuh ini ada kaitan dengan dadah.
Motif
pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber
menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan
pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.
Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di
daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil
peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang
berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab
masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin
di daerah Lawas.
Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.
Saya pernah bercakap dengan beberapa rakan di Sarawak...
ReplyDeletePercayalah kalau berlaku rusuhan dan demonstarsi di Sarawak, pasti lebih dahsyat dan teruk daripada di SM..
Inilah buktinya.... ini jg sbhgian drp budaya yg dibawa oleh pihak PR.