Apa nak jadilah dengan wanita-wanita di negara ini... semakin hari
semakin tidak selamat. Barangkali wanita-wanita di Malaysia ini banyak
sangat pakai ilmu pengasih kut, sehinggakan ramailah lelaki luar dan
dalam negara yang apabila melihat mereka, tidak lain di dalam benak,
melainkan hendak merogol semata-mata.
Terbaru, seorang lelaki asing yang dikatakan merupakan salah seorang
penuntut PhD di Universiti Malaya telah dikenalpasti sebagai perogol
yang telah merogol 10 orang pelajar wanita Universiti Malaya.
Modus operandinya amat mudah iaitu menawarkan kerja-kerja tiusyen untuk
pelajar-pelajar wanita tersebut dan diumpan ke rumah sewanya. Apabila
pelajar-pelajar wanita tersebut berada di rumahnya, dia dan
kawan-kawannya yang sudah sedia menunggu, akan mengerjakan mangsa-mangsa
dengan kejam.
Universiti Malaya seharusnya mengambil tindakan pantas dan segera
menyerahkan pelajar asing tersebut kepada pihak berkuasa. Jangan kerana
ingin menjaga prestij, akhirnya yang jahanam adalah anak bangsa sendiri!
Semakin menjadi-jadi perangai ganas orang asing di negara ini...
Atau kita sebenarnya yang memberikan terlalu banyak ruang kepada mereka
untuk menjahanamkan dan mengerjakan kita di tanahair sendiri?
No comments:
Post a Comment