ANIMSI

home

Followers


Wednesday 4 July 2012

TERKINI!! ANWAR DILAPORKAN SEMAKIN LEMAH OLEH MEDIA ASING!! KENAPA? ADA TUT??



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar yang sering dirujuk sebagai “perdana menteri dalam penantian” itu berkata, beliau mungkin “kembali mengajar” jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam.

"Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu.

Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 “mungkin” menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri.

Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan “letih” untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. - FMT URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=36304

 Atau apakah kenyataan Anwar Ibrahim itu sekadar menagih simpati daripada rakyat yang sudah mulai sedar tentang modus operandi dan salah laku beliau?



TQ MIM

No comments:

Post a Comment