ANIMSI

home

Followers


Friday 20 July 2012

PUSARA DALAM TAMAN!!


Suasana tanah perkuburan yang bersih, indah, tersusn rapi disamping sistem pengurusan jenazah yang baik menjadikan Raudhatul Sakinah KL-Karak kawasan tanah perkuburan Islam contoh di negara ini malah ianya perlu diikuti oleh Majlis Agama Islam negeri lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap merasmikan kawasan tanah perkuburan moden terletak di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur petang Jumaat.

Menurut Muhyiddin,lazimnya tanah perkuburan umat Islam tidak terurus dengan baik,semak, batu nisan yang tumbang, rumput tidak dibersihkan, tidak tersusun rapi, bersampah sarap dan terbiar.

Kata Muhyiddin, “konsep tanah perkuburan 'Pusara Dalam Taman' dan E-Pusara di Raudhatul Sakinah adalah satu-satunya di negara ini dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh patenkan konsep ini untuk dipasarkan.”

“Ini adalah satu inisiatif yang amat besar nilainya bagi umat Islam dan saya ingin cadangkan supaya ianya diperluaskan kegunaan pendekatan ini ke negeri yang lain dengan kerjasama MAIWP dan Majlis Agama Islam negeri lain,”tambah Timbalan Perdana Menteri.

Kata Muhyiddin, “kita rasa bersyukur dengan inisiatif baharu yang bukan sahaja kawasan itu dilihat indah dan buat pertama kalinya dilengkapi dengan teknologi maklumat, ia juga mempunyai sistem pengurusan yang agak lengkap untuk urus jenazah dan ini adalah satu kelebihan yang tidak dapat dilihatdi tempat lain.”

Menurutnya, sudah tiba masanya konsep tanah kubur yang dilihat oleh umat Islam hari ini sebagai satu kawasan yang menakutkan perlu ditukar.


sakinah-5

Muhyiddin memberitahu pengalaman beliau terpaksa mencari orang lama yang menguruskan kubur kerana tiada rekod yang disimpan dengan baik dan ianya juga menyukarkan waris yang datang ke kubur untuk menziarah.

Katanya, “dengan adanya konsep baharu ini, masyarakat Islam boleh menguruskan tanah-tanah perkuburan di negara ini dengan lebih tersusun.”

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa kepimpinan negara oleh pemimpin Islam tahu bagaimana hendak meningkatkan kemajuan umat Islam di negara initermasuklah pencapaian ekonomi negara yang sangat tersusun disampingpembangunan dan pengurusan tanah perkuburan umat Islam.

Tanah perkuburan Raudatul Sakinah terletak di dalam kawasan seluas 39.65 hektar telah dimajukan oleh MAIWP sejak 2008 dengan peruntukkan awal sebanyak RM5 juta untuk fasa pertama.

Tiga konsep utama tanah perkuburan ini meliputi 80 peratus tapak pengebumian, enam peratus kemudahan infrastruktur dan pengurusan, serta 14 peratus kawasan pejalan kaki dan dihiasi dengan pokok-pokok yang kurang penyelenggaraan serta berbau harum.

Daya tarikan utama tanah kubur moden ini ialah sistem E-Pusara yang menjadikan Raudhatul Sakinah sebagai sebuah tanah perkuburan pintar, aplikasi ini yangdipautkan kepada laman sesawang MAIWP bagi membolehkan penggunamencari pusara dengan pantas, cepat dan tepat.

Sebelum itu TimbalanPerdana Menteri merasmikan Kampus Baru Pusrawi International CollegeOf Medical Sciences (PICOMS) di Batu Muda, Kuala Lumpur.

Ketika berucap di majlis tersebut, Muhyiddin memberi sokongan penuh permintaan Pengerusi PICOMS supaya kolej berkenaan dinaik taraf kepada kolej universitipada tahun hadapan kerana telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Saya melihat PICOMSsudah pun ada rangkaian strategik dengan beberapa pihak di luarnegara misalnya Universiti of East London, Universiti Al-Azhar danMansourah, ini menunjukkan PICOMS telah pun melampau batasan negaradalam mengadakan 'smart partnership'," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, “ketikaini sebanyak tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 62institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan pengajian sainskesihatan.”

Menurut Muhyiddin, bidangsains kesihatan dijangka berkembang dengan lebih pesat seiring kedudukannya sebagai satu daripada bidang kluster utama di bawahBidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Beliau berkata, “kerajaan telah melabur dalam bidang itu adalah sebanyak RM1.4 bilion dengannilai pendapatan kasar RM2.8 bilion.”

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, “tanggungjawab menyediakan pendidikan yang berkualiti bukan hanya perlu digalas oleh kerajaan, tetapi jugaoleh pihak swasta kerana pendidikan berkualiti adalah prasyarat untukmenjadi negara maju.”

Katanya, “hanya dengan pendidikan yang berkualiti sumber manusia berkualiti dapat dilahirkan untuk memacu kemajuan negara dengan lebih pesat dan mampu bersaing dipersada antarabangsa.”

Muhyiddin memberitahu jumlah penuntut dalam bidang sains kesihatan di institusi pengajian tinggi tempatan akan ditingkatkan daripada 55,000 orang sekarang kepada 150,000 orang menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, “terdapat permintaan yang tinggi untuk tenaga profesional dalam bidang itukhususnya di rantau Asia Tenggara yang dijangka mengalami kekurangan1.2 juta profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dan jumlah itu dijangka terus meningkat kepada 1.8 juta menjelang 2020.”

Kata Muhyiddin, “sayayakin dan percaya Malaysia mampu untuk mengambil peranan utama dalammemenuhi permintaan tenaga kerja profesional bidang sains kesihatan.”

Turut hadir ialah Menteridi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, PengarahJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali danKetua Pegawai Eksekutif Picoms Ahmad Zakuan Khairuddin.

No comments:

Post a Comment