ANIMSI

home

Followers


Wednesday, 4 July 2012

PANAS! Pas Dimalukan Lagi! Hasrat Tanding 80 Kerusi Gagal Dapat Simpati DAP, PKR. AHLI PAS SILA BACA!



Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya berhasrat bertanding di 80 kerusi untuk menjadi tunjang kepada pakatan pembangkang dengan sendirinya memberikan gambaran bahawa parti dengan 
sendirinya mengakui hakikat bahawa selama ini mereka  bukan parti utama dalam pembangkang.
kenyataan itu boleh kita sifatkan bahawa Pas selama ini hanya menjadi minoriti dalam pakatan pembangkang dan suara mereka tidak diberi perhatian oleh rakan sekutunya terutama DAP.
Kenyataan Haji Hadi itu tidak lebih daripada usaha menutup atau menjawab beberapa persoalan yang timbul di kalangan rakyat yang rata-rata bercakap Pas hanya berangan angan kosong untuk membuat itu dan ini.
Rakyat tahu mereka tidak mampu berbuat apa apa dalam pakatan pembangkang, mereka akui dengan jumlah kerusi yang mereka tandingi sekarang mereka hanya menjadi minoriti, suara mereka tidak diberikan perhatian oleh sekutu mereka terutama DAP. Persoalannya  mengapa PKR dan DAP tidak memberi reaksi terhadap apa yang dinyatakan oleh Haji Hadi, justeru itu saya lihat sekutunya berhati- hati dalam soal ini dan saya yakin mereka tak akan setuju dengan rintihan permintaan Pas.
Apa yang dilakukan oleh Presiden Pas itu ibarat seperti meminta belas ikhsan agar  diberikan tambahan kerusi pada pilihan raya akan datang dan persoalannya siapa atau parti mana yang rela berkorban untuk Pas.
Saya tidak fikir DAP bermurah hati melepaskan kerusi mereka pada Pas kerana akan mengundang kemarahan dan penyokong kepada pengundi Cina kerana dilihat DAP akan dilihat tunduk kepada Pas.
Mungkin dalam hal ini, PKR akan bermurah hati dan jika ini berlaku sudah pasti memperlihatkan kelemahan PKR, apa yang pasti sehingga kini tiada sebarang respon daripada kedua-dua parti terhadap hasrat  Pas.
Apa yang dinyatakan oleh Hadi adalah untuk  memperlihatkan Pas mampu menjadi parti alternatif  yang kononnya boleh menganti UMNO sebagai mana yang sering diuar-uarkan.
Pas nampaknya cuba mengelirukan rakyat dengan cadangan itu sedangkan ia tidak mungkin berlaku kerana terlalu berbeza berbanding UMNO. Sejak dulu, hasil muafakat antara komponen parti Barisan Nasional, UMNO diberikan lebih 117 kerusi untuk ditandingi, ini persefahamam yang telah lama wujud, jika Pas penting dan berpengaruh tentu ia boleh menentukan berapa kerusi yang patut ditandingi, bukannya meminta-minta.
Saya cabar Anwar atau mana mana pemimpin kanan DAP agar membuat kenyataan menyokong cadangan Haji Hadi serta membuat pendirian bersetuju atau dalam erti kata lain bersedia menjadikan Pas parti utama dalam pakatan pembangkang sekiranya mereka berkuasa dan bersedia menerima Hadi atau mana mana pimpinan Pas menjadi Perdana Menteri.
Rakyat tidak akan terpengaruh cubaan apa yang dilakukan oleh Hadi itu kerana sudah mengetahui bahawa Pas tidak akan diterima oleh DAP untuk menjadi tunggak kepada pakatan pembangkang. 

psssssssssst: Pas parti basuh berak dap dan PKR sekarang. Berubah la pas oi.. sampai bila nak ikut telunjuk barua dap tu woi!!

No comments:

Post a Comment