ANIMSI

home

Followers


Monday 9 July 2012

EKLUSIF:VIDEO ARWAH & FOTO, NINJA DITEMBAK & BELIAU SEMPAT TULIS BLOG TERAKHIR!!! BOLEH LAYARI.


VIDEO ARWAH NINJA


 
INFO- nama arwah ninja ni adalah Khalil Afandi Hamid 47 tahun..penganggur dan temanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun..ada yang kata mereka Suami isteri.

 PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan. 

Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu.

Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

No comments:

Post a Comment