Betul punya panas berkenaan pembangkang yang tidak mahu menggunakan tema sambutan hari kebangsaan peringkat negeri yang di perintah oleh PR.
Akibat terlalu trauma Mahfuz Omar yang mengetuai penolakan tema yang telah di wawarkan oleh Kerajaan BN.
ALOR SETAR - Buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan Hari
Kemerdekaan yang berbeza bakal digunakan - di kedua-dua peringkat negeri
dan pusat ekoran rasa tidak puas hati dengan tema dipilih oleh Kerajaan
Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya akan memilih tema untuk digunakan di peringkat negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Katanya, PR khususnya Pas kesal sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini, dicemari unsur politik BN sama ada dalam tema, logo mahupun lagu temanya.
Mahfuz berkata, PR menolak ketiga-tiga unsur terbabit dan memilih tema sendiri bagi menggantikan ‘55 Tahun Janji Ditepati’ oleh Kerajaan Pusat.
“Kita terima 250 hingga 300 tema, yang dicadangkan oleh orang ramai. Jawatankuasa dipengerusikan Sasterawan Negara, (Datuk) A Samad Said akan memilih tema bersesuaian untuk dibentangkan kepada Sekretariat PR,” katanya.
Menurutnya, Majlis PR kemudian akan mengumumkan tema sambutan Hari Kemerdekaan PR untuk digunakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
“Sudah pasti tema kemerdekaan kita berbeza dengan Pusat. Memandangkan memorandum diserahkan tidak mendapat respons Pusat, kita putuskan pilih tema sendiri,” katanya.
Mahfuz turut mempertikai tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan, yang diumumkan Ahad lalu.
“Setelah dikritik banyak pihak, akhirnya logo diubah. Ini menunjukkan sejak awal lagi wujud kesilapan dalam pemilihan logo mahupun tema,” katanya.
Menurutnya, lagu tema kemerdekaan yang dimuat naik di Youtube, turut menerima kritikan pedas termasuk mereka yang memilih dislike.
Awal semalam, Rais menerusi satu mesej Twitter telah meminta pengikutnya memberi pandangan tentang lagu tema Hari Kemerdekaan yang boleh diperoleh menerusi YouTube.

Psssst: Begitulah Pakatan Haram yang tidak dapat menerima kenyataan!!
No comments:
Post a Comment