Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai
pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung
sebuah pusat hiburan di sini ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata
beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan
menari hanya untuk suka-suka disamping menambah wang saku kerana
kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah
institusi pengajian swasta satu ketika dulu.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.
"Kalau ada undangan, baru saya datang menari kerana bayaran juga mahal
untuk 10 ke 15 minit. Saya tidak tertumpu pada pusat hiburan ini saja
namun kalau ada undangan di tempat lain dengan bayaran lumayan juga,
saya akan sertai," katanya kepada pemberita setelah diambil keterangan
oleh pegawai penguatkuasa Jawi ketika serbuan itu.
Seorang lagi wanita yang enggan dikenali berkata beliau menari atas desakan hidup untuk mencari wang saku disamping menghiburkan pengunjung biarpun beliau menyedari tindakannya itu salah di sisi agama Islam.

"Saya hanya menari untuk mencari wang saku dan bukan untuk disentuh
oleh pengunjung dan jauh sekali untuk menggadai maruah diri," katanya
sambil menambah bahawa beliau menari sejak setahun lalu.
Dalam operasi itu yang bermula pada 10.30 malam dan berakhir 2 pagi
itu, 40 anggota penguatkuasa JAWI dengan kerjasama polis dan
penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melakukan serbuan di sebuah
pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata dalam serbuan itu 10 notis pemberitahuan hadir ke JAWI dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas beberapa kesalahan terhadap enam lelaki dan empat wanita beragama Islam.
Katanya, enam lelaki yang berumur lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberikan notis kerana melanggar Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras manakala empat wanita berumur lingkungan 18 hingga 27 tahun tersebut pula diberi notis menurut Seksyen 29 akta yang sama iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam.

"Kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung salah laku
orang Islam di sekitar Lembah Klang seperti minum minuman keras dan
wanita menjadi pelayan pelangggan (GRO)," katanya kepada pemberita
selepas serbuan itu.
Wan Jaafar berkata tujuan serbuan dibuat adalah untuk menyedarkan orang
Islam bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi agama dan sesi
kaunseling akan diberikan untuk mendidik mereka agar bertaubat dan
kembali ke pangkal jalan.
"Sekiranya mereka tidak hadir ke sesi kaunseling tersebut tanpa
sebarang sebab yang paling munasabah, kami akan buat tindakan susulan
dengan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka," katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment