KAJANG - Kegembiraan seorang wanita berusia 19 tahun mandi disebuah kolam renang berhampiran rumah adik lelakinya berakhir tragedi apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Kesuma, dekat Semenyih, di sini.
Sember
berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama
adiknya pergi ke kolam berkenaan untuk mandi dan kerika mahu menukar
pakaian di bilik persalinan, seorang lelaki tidak dikenali menceroboh
masuk ke bilik itu dengan memanjat tembok.
"Terkejut
melihat keadaan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal selepas
dihalang seorang lagi lelaki yang berada di depan pintu bilik persalinan
berkenaan.
"Kedua-dua
lelaki itu menolak mangsa berkenaan ke dalam bilik berkenaan dan
merogolnya serta memaksa mangsa melakukan seks oral," katanya di sini,
semalam.
Menurut
sumber, selepas dirogol, dua lelaki itu memaksa mangsa dan adiknya
menaiki motorsikal sebelum dibawa ke sebuah hotel bajet.
Katanya, suspek membawa adiknya ke sebuah restoran sebagai umpan.
Sebaik
tiba dihotel berkenaan, mangsa dikatakan ditarik masuk ke dalam sebuah
bilik hotel yang dihuni tiga lelaki lain dan dipaksa membuka pakaian
sebulum dirogol bergilir-gilir selama dua jam.
Kelima-lima
lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa
menceritakan kejadian kepada ahli keluarga dan membuat laporan di balai
polis Semenyih, Sabtu lalu.
Ketua
Polis Daerah Kajang, Asisten Komissioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan
menerima laporan berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih
dijalankan.
Metro
No comments:
Post a Comment