DEMI
memenuhi harapan ibu bapanya yang mahu Ramona Zam Zam, 22, menjadi
insan terpelajar, dia sanggup mengorbankan keinginannya sendiri.
Dia
banyak mendapat tawaran untuk melakonkan watak utama, tetapi dengan
rela hati terpaksa menolaknya dan minta diberikan watak kecil saja
kerana tidak mahu mengganggu jadual pengajiannya di Kolej Segi dalam
jurusan Pentadbiran Perniagaan pada peringkat diploma.
Menurut
Ramona, dia tidak kesal jika perjalanannya dalam dunia lakonan agak
perlahan jika dibandingkan dengan rakan seangkatannya seperti Anzalna,
Neelofa ataupun Izara Aishah kerana dia ada tujuan lain dalam hidupnya
selain berlakon.
Meskipun
begitu, dia bersyukur kerana tawaran berlakon selalu ada dan peminat
mula mengenalinya. Antara drama lakonannya, Nilapura, Begitukah Cinta,
Nora Elena dan Kali Kedua.
Dramanya
yang lain bakal disiarkan Tart Untuk Kakak, Tanah Kubur, Cikgu Kemisah
Kirby, Chef Cinta dan Jangan Tak Pulang (drama raya). Filem sulung
lakonannya pula Sepah The Movie.
“Saya
rela ketinggalan daripada mereka kerana saya tak mahu pelajaran saya
terjejas. Saya meminati dunia seni sejak kecil, tetapi saya juga perlu
menghormati dan memenuhi harapan emak serta ayah.
"Ketika
masih bersekolah, mereka tahu saya meminati bidang seni dan tidak
pernah menghalang asalkan saya tidak mengabaikan pelajaran.
“Ketika
belajar dalam tingkatan dua, saya berlakon dalam filem Castello
terbitan Suhan Movies memegang watak bernama Juliet, tetapi selepas itu
saya berhenti kerana emak dan ayah mahu saya memberi tumpuan kepada
pelajaran terlebih dulu.
"Selepas
habis peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), barulah saya kembali
ke pentas lakonan. Bagaimanapun, selepas diterima masuk ke kolej, saya
terpaksa memperlahankan rentak kerana tak mahu kesibukan berlakon
mengganggu pengajian.
"Hanya
ada satu semester saja lagi dan insya-Allah pengajian akan tamat pada
September ini. Saya bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat
seterusnya dan ada juga terfikir untuk menimba pengalaman belajar di
luar negara.
“Apa
yang saya lakukan ini adalah demi masa depan saya kerana sedalam mana
pun rasa cinta saya terhadap dunia seni, pasti suatu hari nanti akan
bernoktah jua.
"Dengan
adanya pendidikan saya tidak perlu bimbang lagi kerana saya boleh
menggunakan ilmu yang ada pada bila-bila masa saya,” katanya.
Psssst: Hehe gua ingat awek semut tadi..hehe
No comments:
Post a Comment