ANIMSI

home

Followers


Thursday, 3 May 2012

PANAS!! VIDEO SEKS AZMIN: SAHABAT AZMIN SENDIRI YANG DEDAHKAN??

 
Sudah menjadi kezaliman PKR, PAS dan DAP jika apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka maka muncung senapang akan dihala kepada Umno. Amalan lazim itu dipratikkan sekali lagi oleh Azmin dua hari lepas apabila gambar-gambar skandal moralnya tersebar. Blogger-blogger pro BN juga tidak terlepas menjadi mangsa tuduhan Azmin dan PKR.
Bila sebut bab skandal terbaru Azmin, masyarakat akan terus teringatkan blogger Papa Gomo, House PK , MPP , dan ramai lagi yang lain. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa rakan-rakan saya tersebut sebenarnya menjadi alat atau kambing hitam kepada PKR. 
Kenapa saya kata begitu ? Nanti saya terangkan.....
Dalam politik yang boleh bunuh kita hanya dua.
1) Musuh politik kita
2) Kawan / orang kita sendiri.
Pertarungan musuh lawan musuh masih boleh ditandingi dan amat-amat jarang musuh mendedahkan pekung busuk kita atau dipanggil kes moral . Ini kerana amat jarang bagi musuh mengetahui hal-hal sedemikian. 
Manakala kawan lawan kawan cukup merbahaya. Ini kerana kebiasaannya kawan-kawan kita yang tahu pekung busuk kita. Sebabnya kita sering berhati-hati dengan musuh dan menjaga gerak geri kita agar tidak diketahui musuh. Tetapi apabila dengan kawan kita atau orang-orang kita maka kita akan berkata "ah takpe ini orang kita, ini kawan kita".
Banyak kes-kes yang melibatkan moral tidak kira dari parti mana sekali pun kebanyakkan datang dari orang yang rapat atau sekeliling individu yang menjadi mangsa pendedahan.
Contoh yang jelas boleh dilihat dalam kes Anwar Ibrahim. Sejak kes liwat Azizan tahun 1998 kepada kes liwat Saiful tahun 2008 sehinggalah kepada kes skandal video, semuanya didedahkan oleh orang sekelilingnya. 
Orang yang dedahkan kes liwat tahun 1998, bukannya musuh politik Anwar ketika itu seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Kit Siang atau pembangkang yang lain. Yang mendedahkannya adalah orang yang berada dalam linkungan Anwar ketika itu, Umi Hafilda dan Azizan sendiri. Kini disambung oleh Nallakaruppan, Ezam dan ramai lagi. Semuanya orang keliling Anwar sendiri.
Begitu juga kes gambar Elizabeth Wong satu masa dulu. Siapa musuh yang mampu masuk kedalam rumahnya untuk merakam gambar berkenaan jika bukan orang yang rapat dengannya sendiri yang lakukannya ?
Kes Badrulamin,orang yang rapat dengan wanita berkenaan iaitu suaminya yang tahu tentang hubungan isterinya dengan Badrul. Kalau musuh yang tahu , dah lama perkara itu terbongkar. Belum sempat kena tangkap khalwat dah kecoh satu dunia. 
Begitu juga dalam kes Mat Sabu dengan Normah dalam bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Siapa musuh yang boleh tahu Normah akan ke bilik Mat Sabu ? melainkan orang-orang keliling Normah atau keliling Mat Sabu sendiri. 
Dalam hal Azmin Ali, siapa musuh yang mampu masuk ke rumah berkenaan untuk memasang kamera ? 
Semalam saya berjumpa dengan Kickdefella. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam industri perfileman beliau tahu hal-hal berkenaan gambar, kamera dan video. Saya tanyakan dia berhubung gambar Azmin yang sedang tersebar sekarang. 
Katanya, gambar tersebut bukannya dirakam CCTV kerana mempunyai 3 sudut yang berbeza. Satu sudut di pintu masuk. Satu sudut di depan sofa dan satu sudut lagi di belakang sofa. Katanya CCTV tidak mampu untuk merakam dari sudut-sudut yang begitu. Dan jika ada CCTV Azmin Ali pasti akan sedar kewujudan CCTV berkenaan.
Menurut Kickdefella, kemungkinan besar dan beliau mengesyaki rakaman dilakukan menggunakan spy camera yang saiznya lebih kurang sebesar butang baju, tanpa wayar. Jika mengikut sudut dari gambar-gambar yang tersiar ianya menunjuk tiga kamera digunakan. Maksudnya ada tiga kamera yang dipasang dalam rumah berkenaan berdasarkan kepada gambar-gambar yang tersebar sekarang. Manakala untuk rakaman di dalam tandas 1 kamera digunakan.
Kamera mungkin dipasang di celah lampu, bingkai gambar, bunga hiasan dan tempat-tempat tersembunyi lain yang tidak disangka oleh suspek. Maknanya ia memerlukan kerja yang teliti supaya suspek tidak boleh mengesan kewujudan kamera pengintip berkenaan. 
Apabila perlu dilakukan dengan teliti maksudnya bukan benda mudah untuk pasang kamera berkenaan dan ianya memerlukan kerjasama tuan rumah. Jadi kesimpulannya boleh dikatakan 99.9 % perempuan yang dalam gambar tersebut memberi kerjasama kepada pemasang kamera samada dalam rumah atau dalam tandas. Perempuan dalam gambar berkenaan juga kelihatan sudah tahu di sudut mana dia patut beraksi supaya mudah dirakam kamera.
Sebab itu jika dilihat kepada gambar yang di dalam tandas bahagian muka perempuan (jarak dekat)  dikaburkan. Maknanya sudah ada MOU antara perakam dengan perempuan berkenaan.
Kamera juga dipasang ke arah jam untuk dijadikan bukti kukuh. Gambar pertama yang menunjukkan Azmin masuk jam di dinding jam 11 . Manakala gambar keempat sewaktu Azmin nak keluar menunjukkan jam 11.45.
Ini sekali lagi membuktikan orang yang rapat dengan individu berkenaan sahaja yang mampu mendedahkan pekung busuk individu itu. Musuh tak mampu untuk masuk ke rumah itu nak pasang 3 kamera dengan begitu teliti. 
Dalam kes ini saya yakin 100 % apa yang terjadi ke atas Azmin adalah permainan politik sesama PKR. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Azmin pula ramai musuh. Dalam DAP ramai yang tak suka dia, dalam PAS pun sama dan dalam PKR lagi ramai. Apatah lagi di Selangor.
Cuma yang tak betulnya apabila pertarungan sesama mereka untuk mencantas sesama sendiri , Umno dan blogger-blogger pro BN yang menjadi mangsa.
Suka tak suka yang sebenarnya ramai blogger-blogger pro BN termasuk saya sendiri telah menjadi alat kepada PKR. Kerana kita yang menjadi tukang panjangkan cerita. Mereka baling batu sembunyi tangan dan cabut..... Tapi kalau kita tak rembat pun rugi juga. Orang dah bagi bola tanggung kalau tak smash rugilah.
Cuma apa yang nak saya beritahu kepada rakan-rakan pembaca sekalian, percayalah cakap saya apa yang terjadi ke atas Azmin bukannya kerja Umno atau BN. Itu kerja sesama PKR sendiri. Orang-orang Umno tak buat kerja baling batu sembunyi tangan. Orang-orang Umno gentleman. Kalau mereka buat mereka akan mengaku mereka buat.
Lihat contoh dalam kes pendedahan video skandal Anwar Ibrahim. Rahim Thamby Chik (orang Umno) buat kerja smart. Dia buat satu sesi khas di Carcosa Seri Negara dan panggil ketua-ketua pengarang akhbar untuk tunjukkan video berkenaan. Kemudian dia buat pula sidang media dan mengaku secara terbuka dirinya terlibat dalam pendedahan video berkenaan. Itu kerja Umno.
Bukan setakat itu sahaja, orang-orang Umno gentleman , bila ada tuduhan kepada mereka , mereka tak merapu atau meraban merata salahkan musuh dan mereka tak lari ke Kedutaan Turki.  Mereka bertenang dan kemudian berundur dari jawatan sehingga siasatan atau kes selesai. 
TQ- RBF ONLINE

1 comment: