ANIMSI

home

Followers


Friday 11 May 2012

PANAS!! JERANTUT DALAM BAHAYA!! DATO SRI NAJIB SILA BACA!! INI KISAH BENAR!!

  
   Kesempatan ini PPJ ingin memaparkan berkenaan beberapa isu yang perlu diambil perhatian oleh MB Pahang dan Dato Sri Najib. Ahli-ahli umno sendiri di Jerantut sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi, ianya berkaitan isu jalanraya yang tidak sempurna di Daerah Jerantut ini.


     Untuk perhatian PM, Jerantut berhadapan kesulitan untuk Barisan Nasional memenangi pru 13 ekoran kemudahan infrastuktur seperti jalan merupakan isu yang terpenting di Jerantut. Walaupun baru-baru ini PM telah memilih Jerantut untuk mengumumkan durian runtuh buat warga Felda tetapi bagaimana pula dengan nasib rakyat diluar bandar yang terpaksa akur dengan berhadapan dengan kemudahan jalanraya yang sangat daif.


    Orang umno sendiri sudah muak dengan kerenah pemimpin umno Jerantut yang tidak mengutamakan tuntutan rakyat. Pemimpin umno sepatutnya bersyukur dengan walaupun dengan perkhidmatan yang diberikan di Jerantut agak lemah namun rakyat di Jerantut tetap akur dan menghormati kepimpinan yang di ketuai pucuk pimpinan umno iaitu Dato Sri Najib yang merupakan pemimpin nombor 1 negara yang bersal dari Pahang.


    Namun peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil di Jerantut tidak sama dengan saranan kerjaan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Rakyat di Jerantut mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan oleh PM berkenaan nasib rakyat Jerantut yang berhadapan dengan dilema masalah pimpinan dibahagian umno dan juga wakil rakyat di kawasan Jerantut yang tidak menunjukkan perkhidmatan yang baik.


     Rakyat Jerantut kini berharap satu tindakan drastik perlu diambil oleh PM untuk mengelakan implikasi yang buruk dikemudian hari.


    Antara faktor kelemahan BN di Jerantut adalah faktor kesilapan PM memilih wakil calon yang bertanding dimana tidak memilih dikalangan pemimpin umno yang benar-benar faham erti perjuangan umno yang sebenar. Kesilapan PM meletakan calon di Kawasan Jerantut ini merupakan satu tindakan yang boleh membahayakan kedudukan umno di Jerantut.

disini PPJ paparkan aduan rakyat:-



Saya adalah pengguna tetap jalan yang menghubungkan Bandar Jerantut ke Kuala Tahan. Keadaaan jalanraya yang berlubang dan berlopak dari Simpang Masjid Besar Jerantut hingga ke jalan Felda Padang Piol telah menyebabkan banyak masalah. Selain merosakkan kenderaan ia turut membahayakan nyawa penduduk.Ini ditambah dengan keadaan jalanraya yang bengkang bengkok dan berlumpur .Jalanraya menjadi bertambah teruk apabila tiba musim hujan..Lopak dan lubang semakin besar dan amat merbahaya kepada semua kenderaan terutama penunggang motosikal lebih-lebih lagi apabila memandu pada waktu malam dalam keadaan hujan.
Lebih parah lagi apabila pokok tumbang yang menghalang laluan jalanraya sewaktu berlaku sebarang kecemasan seperti terdapat wanita yang ingin bersalin , serangan jantung mengejut atau kecederaan parah yang memerlukan rawatan segera. Ini kerana hospital yang terdekat hanya terletak di Bandar Jerantut .Ini telah menyebabkan pesakit lambat mendapatkan rawatan yang akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Selain tebing yang tinggi jalan ini juga berbukit-bukau dan tidak mempunyai sistem saliran atau longkang yang sempurna menyebabkan jalanraya mudah rosak.Rizab jalan yang sempit dimana terdapat gaung disebelah kiri dan bukit yang tinggi disebelah kanan jalan telah meyukarkan pemanduan.Sewaktu berselilih dengan kenderaan besar terutamanya lori balak,lori tangki minyak ,lori kontena, lori simen, lori yang membawa jentera berat seperti bulldozer, bas menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan telah berlaku beberapa kes kenderaan terjunam ke dalam gaung akibat keadaan jalanraya yang telah disebutkan seperti diatas.

Sejak ia dibuka lebih 30 tahun dahulu,jalan ini masih tidak banyak berubah selain hanya ditampal sahaja apabila berlaku kerosakan. Ia juga tidak dinaiktaraf seperti jalan utama di kawasan pelancongan yang lain. Padahal jika di teliti , jalan ini adalah jalan utama yang menghubungkan Bandar Jerantut ke Kuala Tahan atau lebih dikenali sebagai Bandar Taman Negara / National Park.Ini tentunya membawa imej yang buruk khasnya kepada penduduk setempat dan Malaysia amnya.
Ini kerana jalnraya ini adalah satu-satunya jalan darat yang membawa masuk pelancong tempatan mahupun pelancong asing ke Taman Negara.Ia turut menjejaskan perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi penduduk setempat.Jalanraya yang sepatutnya menjadi pintu masuk kepada perkembangan ekonomi sesebuah tempat seharusnya menjadi keutamaan pihak yang terbabit untuk memastikannya berada dalam keadaan yang memuaskan dan baik.
Sehubungan itu, saya amat berharap jika pihak berwajib tidak dapat membina satu lebuhraya ,sekurang-kurangya keadaan jalanraya yang bengkang bengkok, berlopak,berlumpur,sempit dan merbahaya ini dapat diperbaiki dan mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak berwajib.
Saya amat kecewa dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalanraya dan amat berharap agar permasalahan ini mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak berwajib.Kami juga adalah pembayar cukai jalan selain cukai pendapatan,cukai perkhidmatan ,cukai tanah,cukai pintu,cukai jualan, dan lain-lain cukai.
Akhir kata,saya memohon dan sangat-sangat berharap agar aduan ini mendapat perhatian & tindakan segera dari pihak yang berwajib.Oleh sebab telah berlaku kemalangan baru-baru ini , jalan tersebut telah ditampal sedikit sebanyak tetapi ia seperti melepaskan batuk di tangga & hanya diletak signboard jalan rosak.
Sekian terima kasih.
 
jalan Jerantut - Benta yang mengalami rosak teruk (gambar Benar berlaku)

1 comment:

  1. najib baca ke? saya pun org jerantut, tapi sekarang kat johor. bila balik kg tiap2 bulan, nampak tak pernah la ada usaha YB2 tu nak baiki.

    kalau tengok jalan drpd bandar jerantut ke simpang jengka lapan/PPTR tu sendiri la, berlubang2, berombak2, sampai aritu pecah tayar sebab jatuh lubang.

    kalau tengok pulak drpd simpang masuk ke jambatan baru dekat dengan kuala krau (dekat dgn rumpun makmur tu) menghala ke bandar jengka, atau menghala ke Jengka 8/Jengka 9, jalan nye dah la terlalu kecik/sempit, berlubang2. rasa tak selamat langsung ikut jalan tu.

    harapkan jambatan tu je besar, keluar drpd jambatan tu, dah masuk jalan macam taraf jalan haram. siap ada kawasan jalan mendap dekat dengan Jengka 13 tu pun dibiarkan sampai sekarang.

    terpikir, apa YB2 kat situ buat?

    ReplyDelete