Durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
hari ini disifatkan oleh masyarakat FELDA sebagai luar biasa serta
pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak ditubuhkan pada 1956.
“Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) kepada Berita Harian, semalam.
Hari ini, Perdana Menteri akan mengumumkan jumlah durian runtuh yang bakal diterima peneroka FELDA berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, di Jerantut, Pahang.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peneroka FELDA, Saad Latib, berkata durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan FELDA kepada masyarakat peneroka yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
“Mereka tentunya amat berterima kasih atas pemberian itu kerana tidak dapat dinafikan ia begitu istimewa dan sepanjang 40 tahun bersama FELDA, saya tidak pernah mendapat durian runtuh yang sebegini besar,” katanya.
Presiden Dewan Perniagaan Generasi FELDA, Mohd Rosidi Hassan, berkata pengumuman Perdana Menteri akan memberi nafas baru kepada masyarakat FELDA, termasuk generasi kedua yang selama ini mendapat manfaat.
“Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan,” katanya
No comments:
Post a Comment