Denver – Seorang wanita mengejutkan semua orang di Lapangan Terbang
Denver apabila dia bertindak melondehkan semua pakaiannya dan berbogel
selepas ditangkap kerana merokok di pintu masuk bahagian pelepasan.
Pihak berkuasa masih tidak jelas kenapa wanita itu berbogel namun isu rokok tidak ada kaitan dalam kes berkenaan.
Seorang pegawai keselamatan di lapangan terbang itu berkata, wanita itu memaklumkan dia keletihan kerana tidak cukup tidur.
Menurut salah seorang saksi, semua penumpang terkejut melihat aksi wanita berkenaan.
“Kami amat terkejut. Pada mulanya tiada siapa yang perasan
namun ketika penumpang memasuki pintu pelepasan itu, mereka mula
menyedari yang dia berdiri di situ dalam keadaan berbogel.
Saksi itu menambah, ibu bapa yang terkejut dengan cepat menutup mata
anak-anak mereka daripada melihat wanita itu sementara penumpang lain
tersenyum sambil memandangnya.
Selepas 20 minit berdiri dalam keadaan bogel, dia akhirnya dibawa ke hospital untuk penilaian mental.
Wanita itu bagaimanapun tidak ditangkap dan tidak berdepan sebarang pendakwaan.
Polis memaklumkan, kejadian itu berlaku akibat salah faham wanita tersebut yang menyangkakan dia akan diperiksa kerana merokok.
pSSSSSSSST: Puak2 pakatan nak tiru buat macam ni la haha..
No comments:
Post a Comment