ANIMSI

home

Followers


Saturday, 10 March 2012

PANAS! KESIAN ARTIS MALAYSIA, LAGI-LAGI FOTO BOGEL PALSU!!


Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.
“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.
“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.
“Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.
Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.
“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.
“Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya. -mStar
kesian kat artis ni tak tahu siapa yang mendedahkan video tersebut.
psssssst: tapi lain pula dengan nuar ni. Memang dah keterlaluan sangat dah. Ramai rakyat dah meluat kat Nuar yang pakar putar. Tengok video tu dah la.

No comments:

Post a Comment