ANIMSI

home

Followers


Sunday, 11 March 2012

PANAS!! DATO SERI NAJIB UMUM PRU 13 DAN BERTANDING DI PARLIMEN JERANTUT


KUALA LUMPUR: Sudah tiba masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengambil tempat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat hasil pelbagai program transformasi.


Sehubungan itu beberapa penganalisis berpendapat waktu terbaik untuk mengadakan PRU-13 penghujung Mei atau awal Jun depan dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk keselesaan petugas pilihan raya membuat persiapan di sekolah yang dijadikan pusat mengundi.


Penganalisis politik, Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata, Perdana Menteri tidak harus melengahkan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat bagi memastikan momentum sokongan kepada kerajaan pimpinannya tidak merudum selepas mencapai kemuncak sokongan rakyat ketika ini.


Beliau berkata, dengan peningkatan sokongan rakyat sehingga 69 peratus berikutan pelbagai insentif dan penambahbaikan dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, tidak mustahil tarikh ‘keramat’ itu akan umum dalam masa terdekat.

“Jika tidak dilaksanakan, dikhuatiri momentum yang sedang memuncak itu akan kembali ‘suam’, sekali gus mendatangkan risiko kepada pentadbiran Najib pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kaji selidik terbaru Merdeka Center mendapati kadar sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas berjaya memulihkan prestasi ekonomi negara dan pelaksanaan pemberian wang bantuan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
 YBM Tan Sri Tengku Azlan  Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
 
Sementara itu di Jerantut rakyat ketika ini sudah mula mendapat berita dan sangat berharap Dato Seri Najib akan mengumumkan untuk bertanding di kerusi P81 iaitu parlimen Jerantut selepas kebelakangan ini YBM Tan Sri Tengku Azlan  Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sudah dua kali mengumumkan untuk menarik diri bagi pru 13 akan datang.

   Sokongan rakyat kepada BN di Pahang akan kembali mendapat majoriti yang meningkat jika Dato Seri Najib bertanding di Parlimen Jerantut.

Pssssssst: Rakyat di Parlimen Jerantut hanya perlukan najib selepas melihat pelbagai reaksi pemimpin di Jerantut.

No comments:

Post a Comment