ANIMSI

home

Followers


Thursday 15 March 2012

HOT!!! SYARIKAT KRONI BERPUNCA DARI SYARIKAT KRONI ??!!




Pada pandangan aku, Xavier ni memang BODOH dan SYABAS pula rela diperbodohkan !
 Lebih sejuta penduduk di Lembah Klang bakal menghadapi masalah pembekalan air selama 36 jam bermula 14 Mac 2012. Masalah gangguan bekalan air ni berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
 Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som, gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.
Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara dan Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI dan Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height dan Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.
Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.
Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.
Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.
Hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang.
Daripada kenyataan dari Syabas ini, aku nampak la juga inisiatif dari Syabas membantu rakyat di kawasan Lembah Klang. Apa pula kata Kerajaan Negeri ?


 

 

Taliworks’ core water business is in the privatised water supply sector which includes an operation and maintenance contract (expiring in 2030) for the Sungai Selangor Water Treatment Works Phase 1 (“SSP1”) that supplies to large parts of Selangor and Kuala Lumpur and a concession (expiring in 2020) for the water supply and distribution system in Langkawi, Kedah. The Group currently manages a total of 6 water treatment plants with a combined capacity of 1,039.5 million litres per day.
Diringkaskan disini, kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 adalah kerja Taliworks dan bukannya Syabas. Adakah Xavier terlalu bodoh untuk membezakan tugas Syabas dengan Taliworks ???

No comments:

Post a Comment