2 orang polis itu dikatakan telah meraba pelakon video lucah di kawasan parking lot tanpa menyedari ada kamera sedang merakam aksi wanita itu.
Kejadian itu memalukan jabatan polis kerana video sudah tersebar luas dan pihak atasan mempertimbangkan buang kerja sebagai hukuman.
Hahaha yang mangkok sorang ni masih nak berdalih ? pakar video pun dah sahkan itu video tulin dan bukan impose !!
KUALA
LUMPUR 13 Mei – Polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku
didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen setelah pasukan itu
mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai
Amerika Syarikat (AS).
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan
undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.
Beliau juga enggan mendedahkan siapa pakar luar terlibat.
“Kalau
ada keperluan undang-undang kemudian hari, kita akan hebahkan. Kalau
dah video itu sahih, yang lain-lain tuan puan buat andaianlah.
“Kita
sudah kenal pasti orangnya dan diperkukuhkan lagi dengan laporan
pakar-pakar luar cuma kita tidak mahu serta tiada keperluan untuk
menghebahkan siapa (pelaku),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Tambah
Khalid, laporan pakar luar yang diterima pihaknya mengukuhkan video itu
adalah tulen dan bukan merupakan teknik superimpose (pertindihan).
Beliau
memberitahu, siasatan kes berkenaan kini pada peringkat akhir dan
pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara dalam waktu terdekat.
“Kita
akan membawa kertas siasatan ini kepada pihak Peguam Negara dan kita
akan tengok kalau ada apa-apa arahan untuk melengkapkan semula kertas
siasatan tersebut,” katanya.
Ditanya
tindakan terhadap individu yang memuat naik video itu di laman Youtube,
Khalid mengakui mempunyai kesukaran mengenal pastinya kerana ia
dilakukan di luar negara.
Namun,
jelas beliau, pihaknya bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi
Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berusaha menjalankan siasatan.
Ditanya
sama ada Anwar akan didakwa membuat laporan polis palsu sekiranya Ketua
Pembangkang itu merupakan individu di dalam video seks terbabit, Khalid
berkata, pihaknya akan menelitinya -utusan
No comments:
Post a Comment