ANIMSI

home

Followers


Wednesday 7 March 2012

BERITA: BALAI POLIS DI PULAU PINANG DISERANG!!


GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.


Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih
dijalankan.

"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti
dikenakan tindakan undang-undang.


"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita disini hari ini.


Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang

motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.

Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.


Akibat insiden itu, kira-kira 100 penduduk di kampung terbabit berang dan membaling batu dan kayu ke arah balai polis kira-kira pukul 6.30 Ahad.

Mereka bersurai empat jam kemudian setelah rundingan antara pegawai polis dan wakil penduduk berhasil. - Bernama
 gambar hiasan


Kerajaan Selangor Hanya Bersandiwara Berhubung Skandal Lombong Pasir - MCA Selangor 
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir negeri, kata MCA Selangor.
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Wong Koon Mun berkata tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.

"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu Baru juga berkata kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.

"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,"katanya.
Beliau mencabar kerajaan negeri supaya membuktikan Akta Kebebasan Maklumatnya adalah sah dengan membuka laporan kewangan dan audit anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk KSSB dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

pssssssst: PKR sekarang suka merepek tak tentu pasal. Kenapa pembangkang suka sajikan berita palsu sahaja sekarang??
Rata-rata rakyat dah tahu PKR suka jual fakta penipu!!

No comments:

Post a Comment