Foto rakama video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiarkan sebuah majalah lucah di Jepun.
Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ imej keratan
majalah memuatkan kisah seks serta paparan foto itu telah dihantar
kepadanya melalui e-mel oleh seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai
Zamz dari Toyohashi, Jepun.
Bagaimanapun blog berkenaan tidak dapat memastikan sama ada Zamz itu merupakan pelajar ataupun pekerja.
"Kata Zamz, dia ditunjukkan oleh rakannya (berbangsa Jepun) mengenai
cerita atau foto kegiatan seks pemimpin politik Malaysia yang disiarkan
oleh majalah lucah di Jepun," kata blog itu lagi.
Isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu
mula tercetus apabila trio 'Datuk T' mendedahkannya kepada pihak media
pada 21 Mac tahun lalu dan kemudian rakaman video berkenaan mula
tersebar di blog-blog politik tempatan.
Sahabat Zamz bertanya kepadanya, adakah itu ciri-ciri pemimpin dan
kualiti seorang rakyat Malaysia yang cukup hebat bercakap mengenai Islam
dan tamadun?
Menurut blog itu, Zamz terkedu kerana foto-foto tersebut telah
membuatkan maruahnya jatuh sebagai orang Melayu yang beragama Islam.
No comments:
Post a Comment