HamPAS PASti tumPAS!
PAS sedang menggali kubor politik mereka sendiri! Hari ini, berjuang
untuk Islam adalah dosa besar didalam PAS! Membela Islam adalah
kesalahan tidak terampun bagi PAS! Perjuangan Dr. Hasan Ali
memartabatkan Islam, menyeru kepada yang ma’ruf, mencegah kemungkaran,
membela aqidah umat, melaksana kehendak syariat dikatakan bercanggah
dengan dasar parti yang mengaku berjuang untuk Islam; malah
menyelimutkan diri dengan jubah-serban Islam! Pelik Bin Ajaib!!!
Itulah rumusan paling layak diberi kepada parti yang mengaku sebagai
Parti Islam SeMalaysia! Pemecatan tokoh pejuang dan aktivis gerakan
Islam, YB Datuk Dr. Hasan Ali sebentar tadi membuktikan apa yang telah
teman sebut banyak kali. Perjuangan Islam yang dilaungkan PAS hanyalah
retorik politik yang penuh hipokrit!
Pemecatan Dr. Hasan Ali sebenarnya membuktikan:
1. Retorik perjuangan Islam sebagai prinsip perjuangan PAS adalah
hipokrit dan pembohongan semata-mata! Seluruh dunia mengenali Dr. Hasan
Ali sebagai seorang yang konsisten dengan prinsip perjuangan memartabat,
menobat dan mempertahankan Islam, Melayu & Institusi DiRaja!
Kesediaan
Dr. Hasan Ali mengetuai pergerakan Himpunan Selamatkan Aqidah hasil
daripada tindakan biaDAP segelintir pastor dan gereja mendakyah
kristianisasi kepada umat Islam telah menyedarkan umat Islam bangsa
Melayu akan kritikalnya kedudukan Islam & Melayu dalam negara ini!
Beliau baru sahaja mengetuai Himpunan Umat Islam semalam di Stadium
Tertutup Paroi, Negeri Sembilan yang dihadiri ribuan umat Islam dari
pelbagai latarbelakang social & politik! Namun perjuangan Dr. Hasan
Ali sangat tidak disenangi oleh kepimpinan parti rasis & cauvinis
biaDAP dan kaum liberal & penganut pluralisma didalam dan luar
pakatan biaDAP-PKR-PAS!
2.
Pengisian perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS jelas langsung
tidak diamalkan! Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang membela diri?
Adakah Dr. Hasan Ali diberi hak mempertahankan diri? Adakah Dr. Hasan
Ali diberi peluang memperjelaskan pendirian dan perjuangan serta
tindakan dia?
Apa
yang kita tau, mesyuarat peringkat PAS Pusat sebentar tadi sekadar
membuat pengundian tanpa bahas mahupun Dr. Hasan Ali dipanggil tunjukkan
sebab dan membela diri! Islam mengajar kita prinsip asas keadilan Islam
mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri sebelum sebarang
tindakan diambil!
3.
Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan cengkaman kaum Anwarinas didalam
kepimpinan PAS adalah mutlak! Baru semalam kenyataan Azmin Ali, Timbalan
Presiden dan orang kanan Anwar mendesak Dr. Hasan Ali dikenakan
tindakan tegas disiarkan. Ini kerana dua hari lepas, Dr. Hasan Ali
mempertikaikan tindakan Anwar mengadakan demonstrasi jalanan untuk
membebaskan dia daripada tuduhan meliwat stafnya Saiful.
Dr.
Hasan Ali menegaskan Anwar tidak sepatutnya mengheret rakyat kedalam
kemelut masalah peribadi dan akhlak dia sendiri! Malah Dr. Hasan Ali
mempertikaikan kelayakan Anwar menjadi pemimpin pembangkang dan calon PM
pakatan biaDAP-PKR-PAS kerana punya masalah akhlak dan moral yang
buruk! Ketegasan Dr. Hasan Ali membuatkan Azmin Ali, anak emas Anwar
melenting dan marah! Dan kemarahan Azmin Ali diterjemahkan tak sampai 24
jam dengan pemecatan Dr. Hasan Ali sebentar tadi!
4.
Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan perjuangan retorik Negara Islam,
perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam sudahpun berkubur didalam
PAS! PAS sekadar membuktikan ia adalah parti poltitik biasa yang sudah
dipenuhi oleh politikus kalkatus yang rakus mahukan kuasa , kedudukan
dan jawatan. Dr. Hasan Ali dilihat penghalang kepada matlamat
mendapatkan Putrajaya! Maka dihalalkan cara yang cukup jijik dan kotor;
pejuang Islam yang sepatutnya sinonim dengan parti Islam dicantas dan
dibuang demi memenuhi nafsu serakah mahukan kuasa!
5.
Yang halal menjadi haram, yang haram menjadi halal! Himpunan Umat Islam
yang diketuai oleh Dr. Hasan Ali dilarang; himpunan bersama kafir harbi
dan untuk menyelamatkan manusia paling buruk akhlaknya dihalalkan!
Malah diisytiharkan sebagai jihad perhimpunan untuk menyelesaikan
masalah moral dan akhlak seorang pemimpin yang sudah rosak!
Teman
cukup yakin bangsa Melayu umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia
amnya akan dapat melihat sandiwara dan opera yang dimainkan oleh kaum
pembangkang yang sudah gila kuasa ini! Pokok pangkalnya, kalau tokoh
pemimpin dan pejuang tulin mereka sendiri dicantas dan dipecat hanya
kerana mempertahankan perjuangan Islam, apakah tidak mungkin mereka
sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memenuhi nafsu berkuasa!
Teman
yakin tindakan PAS yang dikuasai kaum Anwarinas ini akan memakan diri.
Ramai ahli dan penyokong PAS sudah mula meragui nilai perjuangan Islam
sebenar PAS! Respon yang teman tengok sendiri dilaman FB dan twit
membuktikan segalanya. Pendokong dan penyokong tegar PAS, yang selama
ini konsisten dalam memaki hamun dan bersumpah seranah atas apa sahaja
isu yang teman bangkitkan, tiba-tiba terkedu bisu tidak bersuara melihat
depan mata dema bagaimana parti yang mereka taksubi selama ini sudah
dilacurkan!
Kenyataan
salah seorang penyokong tegar PAS dilaman FB dan twit teman mewakili
suara hati dan luahan perasan mereka, bila dia berkata:
“Ana
mratapi pmecatan DHA!Tndkn terburu2 PAS mmecat DHA sbaik shj mnrima
desakan AA (Azmin Ali) mmbuka mata/minda ana bhw PAS sbnrny dh jauh
brubah!”.
Teman
percaya selepas ini akan akan tindak-balas daripada golongan pro-Islam
didalam PAS. Teman cukop yakin para ulama’ tidak akan berdiam diri!
Teman cukop yakin aktivis yang sayangkan agama akan bangkit membela Dr.
Hasan Ali. Dan teman cukop yakin kaum Anwarinas akan terus mencengkam
kuasa mereka dengan memecat golongan ulama’ dan aktivis pejuang Islam
didalam PAS demi memastikan nafsu impian mereka ke Putrajaya tercapai.
Teman
yakin selepas ini akan ada lagi para ulama' dan aktivitis pejuang Islam
akan dikenakan tindakan! Teman tidak hairan jika selepas ini mangsa
kerakusan mereka seterusnya ialah Ustadz Nasharudin Mat Isa, Ustadz
Nasarudin Hassan Tantawi, Ustadz Datuk Harun Taib, mungkin juga Ustadz
Nik Abduh Nik Mat. Malahan jika Dato' Dr. Haron Din, ulama' besar yang
juga Timbalan Mursyidul Am PAS dilihat menjadi batu penghalang mereka
untuk mencapai impian ke Putrajaya, sudah PASti beliau juga akan
disembelih tanpa ehsan!
Kaum
Anwarinas ini hanya membuktikan satu perkara dengan pemecatan Dr. Hasan
Ali. Iaitu mereka sudah gila kuasa. Sebab itu kita semua wajib
menghancurkan mereka. Memerangi kaum Anwarinas ini adalah jihad,
menghancurkan mereka adalah jihad.
Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu menghalang orang gila daripada berkuasa!
baguslah blog ni dh kurangkan cite2 sex.Sesuaikan nama blog dgn kandungannye.tahniah
ReplyDeletelinda,
kg koi
ikut awk la linda..
ReplyDeletebukan cerita seks, berita.
ReplyDelete