ANIMSI

home

Followers


Monday 2 January 2012

TERKINI!! SESAL TAK SUDAH IMPIAN ADAM ADLI BERKECAI, 9 JANUARI DIBICARA,HIDUP MATI ADAM ADLI!!


SHAH ALAM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kekal dengan pendirian 9 Januari ini untuk sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadap pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim yang menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember lalu.

Walaupun desakan pelbagai pihak supaya Adam Adli tidak diambil tindakan tatatertib oleh Upsi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk  Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ia akan tetap diadakan jam 3 petang, 9 Januari ini.

Menurutnya, meskipun perhimpunan di perkarangan Upsi pada malam tahun baru lalu bertujuan  mendesak supaya Adam Adli dibebaskan, pihaknya tidak berganjak dengan keputusan tindakan tatatertib terhadapnya.
“Adam Adli sedia maklum bahawa pendengaran hukuman akan diadakan pada 9 Januari ini atas
tindakannya menurunkan bendera, namun penyertaannya pada demonstrasi di hadapan perkarangan Upsi juga akan dikenakan tindakan tatatertib sekali lagi oleh pihak Upsi ,” katanya.
Bagaimanapun katanya, notis tindakan tatatertib kepada Adam Adli akibat penyertaannya pada demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi.

Junaidi berkata, selain Adam Adli, seorang lagi mahasiswi Upsi, yang turut ditahan polis pada malam kejadian itu, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim, pelajar tahun ketiga juga tidak terlepas dengan hukuman tatatertib.

Dalam pada itu katanya, Upsi kini sedang menyiasat pembabitan beberapa mahasiswanya pada demonstrasi menuntut pembebasan Adam Adli  dan penghapusan Akta Universiti dan Kolej (Auku) pada malam tahun baru lalu.

Junaidi berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video dalam kejadian terbabit bagi memastikan identiti mahasiswa yang terlibat.
“Kami dimaklumkan terdapat beberapa mahasiswa Upsi yang terlibat. Jika terdapat bukti sahih pembabitan itu, mereka juga tidak akan terlepas dengan tindakan tatatertib oleh pihak Upsi,” katanya.
sinar

PSSSSSSSST: TAKPA ADAM ANUAR AMBIK LU KERJA HANTAR SURAT LEPAS NI!!

8 comments:

  1. RASAKANLAH AKIBAT KEBODOHAN MENGIKUT BELALAI BENGKOK ALJUBURI.
    WAHAI ALJUBURI DAN KONCO KONCO BANGANG MU SEMUA:

    RESISTANCE IS FUTILE....

    ReplyDelete
  2. ANWAR BANYAK KEBUN GETAH, ADAM BOLEH MENOREH HAHAHA!!

    ReplyDelete
  3. APAPUN YANG BERLAKU ADAM ADLI TETAP ADA TEMPAT DI PEJABAT PKR SEBAGAI PEMBANCUH KOPI TERBARU....

    ReplyDelete
  4. Kesian Emak bapak hancor harapan untuk bergantung hidup dihari tua pada anak yanng tidak mengenang jasa orang tua.Mungkin Adam Adli winable candidate utk PKR ( Party Kencing Rakyat) pada PRU13 kot?????????

    ReplyDelete
  5. Bukan pembancuh kopit tapi tukang urut peribadi!! haha.. Masalahnya maknya sokong anwar..adli2..Lu hina kerajaan pastu nak kerja jadi cikgu? alahai,,..

    ReplyDelete
  6. belajar bagi penuh ilmu dikepala lah duluuuuuuu :)

    ReplyDelete
  7. daripada raut wajah...mamat ni kaki gian ni...

    ReplyDelete
  8. Aku tak buleh pikir la cara bebudak bodoh ni, mula-2 hina PM, turunkan gambar PM pastu minta PM halang UPSI dari ambil tindakan kpd Adam, pastu minta PM bertanggung jawab kpd kecederaan Safwan... orang gila pun pening memikiokan punca budak2 bodoh ni punya matlamat. Dah buat salah, menyalahkan orang ambil tindakan, bila tercedera minta orang pula bertanggung jawab. Mana ada manusia boleh tahan dgn sikap puak-2 ni. Harap UPSI buang saja budak setan ni termasuk 16 yang lain tu dari UIA etc.

    ReplyDelete