Beberapa orang wakil dari
Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Keadilan (SAMM)
Pulau Pinang semalam membuat laporan polis terhadap
Papa Gomo yang mengeluarkan artikel menghina keputusan mahkamah.
Penyelaras
SAMM Mohd Aidil Ibrahim berkata, selain artikel yang berbunyi 'hakim
telah dibeli oleh DS Anuar Ibrahim', Papa Gomo juga menfitnahkan nama
Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menggunakan perkataan "babi" serta
ayat-ayat yang kurang ajar.
Mereka mendesak agar kertas siasatan segera dibuka dan Papa Gomo diheret
kemuka pengadilan kerana menghina mahkamah secara
terang-terangan.
Gua nak cakap sikit kat Amk dan SMM lu orang memang tersangat lah
bagang. Sebab apa? sebab lu orang bermaksud menjahanamkan sendiri
Pemimpin Agung Si penipu iaitu ketua Pembangkang yang lu orang sayangi
tu.
Sebelum lu orang tuduh Papa Gomo baik lu orang buat laporan kat Anwar sendiri..kah kah kah
apa lu orang tak reti baca ker? Atau sengaja memperbodohkan diri sendiri?? (bagangnya)
Anwar cakap Hakim Neraka tu bukan hina Mahkamah ke?
kah kah kah kah
Habis Siapa yang cakap Hakim ikut terlunjuk Pendakwa raya tu???
Siapa yang mengina Mahkamah dipentas ceramah tu???
Siapa yang tuduh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul
Malik Ishak bersikap politik dalam penghakiman tu??
Siapa yang cakap terdapat campur tangan politik dalam kes liwat
terbabit?? kah kah kah..
hah??
Gua tak sangka la ada juga pengikut bagang macam ni??
hahahaha...........
Lu Orang tak baca kitab Suara Keadilan lu orang ke?? sendiri tulis sendiri sendiri tak reti baca ek??
Sepanjang perbicaraan yang berlangsung Anwar Ibrahim berkali kali menghina Mahkamah apabila membicarakan soal tersebut dihadapan penyokongnya diatas pentas pentas ceramah. Mahkamah sedikit pun tidak memberi ingatan ataupun menegur mengenai perbuatan Anwar Ibrahim yang menghina mahkamah apabila membicarakan kes tersebut diluar mahkamah.
Malah Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat ini tidak dikenakan apa apa tindakan berhubung kelakuannya yang mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menjaja cerita yang dibicarakan oleh Mahkamah. Lebih terok dari itu hakim turut dihina sebagaimana yang dinyatakan disini:
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak bersikap politik dalam penghakiman yang ditulisnya adalah satu penghinaan mahkamah,Anwar telah menyatakan bahawa Datuk Abdul Malik Ishak bersifat menyerang dan menghina beliau selain menunjukkan sikap politik keterlaluan seorang hakim Mahkamah Rayuan walaupun kes terbabit masih berlangsung. Anwar juga menyatakan bahawa terdapat campur tangan politik dalam kes terbabit.
Itulah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang kebal dari sebarang tindakan mahkamah mahupun hakim dalam kes liwat ini. Tidak ada yang berani mengambil tindakan keatasnya walaupun terbukti beliau melakukan penghinaan yang cukup besar kepada sistem kehakiman negara. Bagaimana dengan tertuduh dalam kes yang lain?
Pssssssssst: Macam ni la sikap Pembangkang gua tak heran, Rakyat pun dah paham sekarang kah kah kah!!!
No comments:
Post a Comment