ANIMSI

home

Followers


Saturday, 14 January 2012

PANAS!! PEMANDU TEKSI TOLAK MAT SABU SEBAB PUNGKOR!!


Hahaha nak tergelak pakcik pemandu teksi tempat gua baca surat khabar.
Bila gua tanya apsal pakcik Din?
dia jawab selamber je, Abg Din rasa seumur abg din tak pernah lagi abg Din cium buntut orang.
 
La apsal pulak abg Din cakap macam tu?
Takda la aku heran la pemimpin macam Mat Sabu yang suka pungkor macam ni pun ade orang nak percaye ke? katanya. *pungkor tu bahasa pahang yang membawa maksud menipu*
 
Saya dulu memang sokong pas sebab pas satu-satunya yang pejuangankan Islam, tapi sekarang Pas dah tak macam dulu. Habis pemimpin macam Hassan Ali yang Abg Din kenal sangat dia macam mana. Abg din dulu memang tak percaya yang DAP nak gunakan PAS sebab pemimpin Pas semuanya berani-berani dan lantang menentang segala yang kerajaan buat. Tapi sejak akhir-akhir ni dah terbalik pulak. Katanya lagi.
 
Aku nengok sekarang ni ramai yang sokong Umno semula.
La kenapa pulak Abg Din? kan Abg Din memang penyokong kuat Pas. Kata gua sambil tersenyum gua gelak kecil.
Terus dia jawab "Ah itu dulu masa tu aku sokong sebab pas nak perjuangan undang-undang Islam, tapi sekarang mana ada dah. Bila mesyuarat pas je asyik nak salahkan orang je yang kita ni nak tegur pun dah tak boleh. Katanya sambil menghidupkan enjin teksi.
Gua pun blah tak cakap apa sambil tergamam...

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) boleh menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, bekas menteri dan menteri yang sedang berkhidmat ada bertemu dengannya dan menawarkan sokongan untuk sama-sama menjayakan matlamat tersebut.

"Pegawai kerajaan dan bekas pegawai termasuk polis dan tentera turut menyuarakan sokongan dan sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

"Mereka kata biarlah kami berjuang dari dalam untuk menumbangkan BN dari dalam," katanya ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini pagi ini.

Sehubungan itu, katanya, semua ahli PR perlu menggiatkan usaha dan menjadikan konvensyen ini sebagai pecutan terakhir untuk mendapat kejayaan dalam PRU13.
Menurutnya, PR wajar diberi peluang menduduki Putrajaya bagi memastikan pembaharuan yang dirancang dapat dilakukan untuk membela nasib rakyat.
Beliau berkata, banyak tuntutan rakyat tidak dapat dipenuhi oleh BN dan hanya PR yang mampu direalisasikan segala keperluan mereka.
“Sampai sekarang kita tidak dapat menikmati kebebasan media kerana dikuasai oleh kerajaan sedia ada.
“Oleh itu, media alternatif dan akhbar yang dimiliki parti gabungan PR perlu memainkan peranan penting menyebarkan maklumat untuk rakyat jelata sebagai saingan kepada akhbar arus perdana masa kini,” katanya.

Psssssst: Mat sabu syok sendiri, gila kuasa dah kah kah kah..

1 comment: