ANIMSI

home

Followers


Friday 13 January 2012

PANAS!! HASSAN ALI SANGAT BERBAHAYA BUAT ANWAR!!


Kesian dengan apa yang terjadi ke atas Dr Hassan Ali belum sempat nak buat rayuan dah kena pecat dari exco Negeri Selangor

Memanglah nampak sangat PAS nak buang Datuk Dr Hassan Hassan Ali ni. 
Hassan Ali merupakan satu-satunya bekas ahli Pemimpin Pas yang berani bersuara, yang lain tiada telor kah kah kah kah.....
Sekarang ni tinggal pemimpin yang tiada telor jer? kah kah kah..

Kenapalah Anwar takut sangat dengan Hassan Ali ni?? kwang kwang kwang!!!??
Orang yang berani menegur kesalahan pemimpin lain memang dinyahkan dari PAS. Tak tahula apa nak jadi dengan Parti PAS ni kah kah kah.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas nasihatnya kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini pada Jumaat.
“Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.
“Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Datuk Dr Hasan sebagai ahli Exco,” katanya pada sidang media.
Sebelum ini, Abdul Khalid meminta Hasan mengosongkan jawatan Exconya secara sukarela kerana beliau telah dipecat daripada PAS dan tidak lagi mewakili parti itu dalam Kerajaan Negeri.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat daripada PAS pada Ahad lepas kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.
Hasan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Abdul Khalid berkata Pejabat Sultan Selangor akan mengutus surat rasmi kepada Hasan dalam masa terdekat mengenai pembatalan pelantikan jawatannya itu.
“Beliau (Hasan) kini bercuti,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah menurunkan kuasa baginda kepada beliau untuk melantik Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.
“Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” kata Menteri Besar itu.
Abdul Khalid berkata pihaknya telah menerima surat rasmi bertarikh 10 Jan daripada Jawatankuasa PAS Pusat yang menyatakan Hasan telah dipecat daripada parti dengan serta-merta.
Ditanya sama ada beliau menerima senarai calon pengganti Hasan daripada PAS pusat, beliau berkata: “Tidak terima secara rasmi.”
Bagaimanapun, beliau berkata pelantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan pada Rabu ini (18 Jan) – Bernama
pssssst: Anwar sangat takut dengan pemimpin yang memperjuangan Islam dan Melayu?

No comments:

Post a Comment