AMPANG - Tindakan seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara dengan teman lelakinya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan
Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, awal pagi semalam.
Pegawai
Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis dari Kulai, Johor itu
menyewa bilik hotel berkenaan untuk bertemu teman lelakinya.
“Gadis
berkenaan memberi alasan kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang ke
IPT di Pahang, lalu menyewa bilik hotel itu,” katanya.
Ahmad Nawi
berkata, pihaknya mendapati gadis berusia 21 tahun itu hanya membalut
tubuhnya dengan tuala, manakala pasangannya yang berusia 33 tahun itu
memakai seluar pendek tanpa baju.
“Gadis itu mengenali
pasangannya enam bulan lalu melalui laman sosial. Lelaki berkenaan
bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Operasi
dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika
sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau
kedua-dua sekali,” katanya.
gambar hiasan
psssssst: Lain yang disuruh lain yang dibuat, apala nak jadi mahasiswi dan mahasiswa sekarang ada yang biadap ada yang berkhalwat..!! Pensyarah kena lebih memberi penakanan terhadap ahlak semaksimum mungkin
Inilah KEBEBASAN BERAKADEMIK
ReplyDelete