ANIMSI

home

Followers


Saturday 14 January 2012

JIJIK!! ANWAR KELUAR KENYATAAN MENYOKONG HOMOSEKSUAL DI BBC!!!


http://news.bbcimg.co.uk/media/images/57851000/jpg/_57851341_anwar.jpgKUALA LUMPUR: 15 Jan – Pelbagai pihak semalam mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.
Anwar berkata demikian dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.
 
“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.
 
“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.
Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu.
Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut mempersoalkan pandangan Anwar, yang mahu mengkaji semula undang-undang itu, seolah-olah beliau tidak akan mematuhinya.
“Pemansuhan undang-undang perlu sesuai dengan negara kita, jadi lebih baik Anwar memasukkannya dalam manifesto pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 dan biar rakyat menilai pendiriannya,” katanya.
Choo Keong berkata, keperibadian Anwar kini menyerlah berikutan pandangannya terbuka sekali gus cuba mengheret masyarakat Malaysia untuk lebih bersikap liberal seperti di Amerika Syarikat.
“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan pula menganggap Anwar hanya mahu meraih sokongan asing dengan membuat kenyataan berkaitan golongan homoseksual.
“Bagaimanapun, jika Anwar benar-benar mahu meminda undang-undang yang dikatakannya lapuk itu, beliau perlu membuat gerakan besar-besaran supaya apa yang dikatakannya mampu dikotakan,” katanya.     

1 comment:

  1. "KAMI TIDAK MEMPROMOSI AKIVITI HOMOSEKSUAL SECARA TERBUKA....." APA MAKNANYA NI? JIKA TIDAK MEMPROMOSI AKTIVITI HOMOSEKSUAL SECARA TERBUKA BERMAKNA KAMI MEMPROMOSINYA SECARA TERTUTUP...ADAKAH ITU MAKNA SEBALIKNYA UNGKAPAN YANG KELUAR DARI MULUT PAK SYEIKH ANWAR KITA NI?PENYOKONG PAS YANG BEGITU TAKSUB KEPADA ANWAR PATUT FIKIR DALAM2 MAKNA TERSIRAT DI SEBALIK KATA2 ANWAR NI...KALAU MASIH TAK FAHAM JUGA,SAHLAH PENYOKONG PAS RAMAI YANG MAKAN DUIT HARAM SEHINGGA TUHAN TUTUP AKAL MEREKA...0105228699

    ReplyDelete