Strategi
utama PR sudah lama dapat kita baca iaitu mencetuskan huru-hara serta
ketidakstabilan dalam negara untuk melemahkan kerajaan dan merampas
kuasa. Untuk itu, NGO-NGO atau pertubuhan haram digunakan untuk
membangkitkan isu perkauman contohnya, melalui novel Interlok yang
secara tiba-tiba saja menjadi kontroversi tidak lama dahulu sedangkan ia
telah berpuluh tahun digunakan.
Kemuncak
strategi PR ialah huru-hara besar-besaran yang berpunca dari
pemenjaraan Anwar Ibrahim dan tuduhan konspirasi terhadap kerajaan di
mana diharap agar menjadi pemangkin kepada tumbangnya Barisan Nasional.
Sebagai
‘back-up’, sekiranya semua ini gagal dan PR tidak mampu memenangi
pilihanraya, maka Bersih digunakan sebagai persediaan awal untuk
menidakkan keputusan pilihanraya seterusnya sebagai alasan untuk
mencetuskan huru-hara dan menumbangkan kerajaan BN.
Namun,
taktik kotor pembangkang tidak terhad setakat itu sahaja. Bagi
‘menyediakan’ minda rakyat untuk memakan umpan ini, mereka telah
terlebih dahulu menabur propaganda agar rakyat percaya bahawa
pilihanraya adalah benar-benar tidak bersih.
Ketika
pulang ke Kedah baru-baru ini, penulis ‘disapa’ oleh maklumat yang
tersebar secara meluas mengenai wujudnya beribu-ribu pendatang
Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang disembunyikan oleh BN di segenap
hutan-hutan di Malaysia. Pendatang ini semua, kononnya telah
didaftarkan sebagai pengundi dan akan keluar mengundi BN dalam
pilihanraya umum nanti.
Penulis
ternganga sebelum tergelak besar mendengar cerita yang tidak masuk akal
itu. Namun, gelak penulis pantas hilang apabila melihat bagaimana si
penyampai serta mak cik dan pak cik yang sama-sama mendengarnya
mempercayai cerita tersebut 100%.
Maka,
jenuhlah penulis menjelaskan kepada mereka semua bahawa bukan mudah
untuk menipu dalam pilihanraya memandangkan proses pengundian dari A-Z
adalah telus kerana perlu dipantau oleh wakil dari setiap parti. Jika
berlaku keraguan dalam proses pengundian, wakil parti boleh membuat
bantahan. Oleh itu, jika ada di antara kita terlihat segerombolan
pendatang asing yang diragui status kewarganegaraan mereka datang
mengundi di hari pengundian nanti, laporkan dan dedahkanlah mereka agar
siasatan dan tindakan dapat diambil.
Penulis
juga meminta makcik dan pakcik tersebut mengerahkan rakan-rakan mereka
membuat rondaan ke hutan-hutan di belakang kampung masing-masing untuk
mencari beribu-ribu pendatang upahan BN yang dikatakan itu dan menangkap
dan mendedahkan mereka jika benar ada. Lebih baik jika siarkan saja
gambar ‘perkampungan pengundi PATI di dalam hutan’ itu termasuk
wawancara dengan mereka di dalam Harakah, Malaysiakini dan media-media
milik pembangkang untuk impak yang lebih hebat.
Malangnya,
lucu atau tidak, cerita tidak masuk akal ini telah pun disebar di
seluruh Kedah dan seluruh negara juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa 20%-40% orang-orang Melayu telah dengan mudah, mempercayainya.
Sedih sekali memikirkan betapa ramainya orang Melayu yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir logiknya langsung.
Dan
semalam, satu lagi taktik kotor pembangkang sampai ke telinga penulis.
Iaitu, kononnya terdapat seorang yang mengaku sebagai wakil ADUN BN di
Kota Damansara kini giat turun berjumpa dengan majikan di seluruh
Selangor mencari pekerja asing untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Kononnya, pekerja-pekerja ini akan diarahkan untuk mengundi BN dalam
pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment