KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi
menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah
kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang
lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.
AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di
pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari
wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik
perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.
Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar
dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.
Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan
pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari
melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.
Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi
menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang
terlibat dipakaikan mahkota.
Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan
alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk
menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.
Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.
Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran
untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi
gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak
seterusnya.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik
kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan
ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.
Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung
tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul
tenaga untuk aksi seterusnya.
psssssssssst:
Jahanam terus Selangor dibuatnya.. Tak habis-habis dengan maksiatnya,
rumah urutnya, pelacurnya, tarian seksnya.. apa ni Khalid??
No comments:
Post a Comment