Apa sudah jadi dengan Selangor Darul Ehsan?
Satu persoalan yang perlu dijawab dengan
membuat perbandingan sebelum dan sesudah Pakatan memerintah Selangor.
Belum pun cukup satu penggal berkuasa, kebejatan moral rakyat Selangor
hasil dari pentadbiran pincang jelas berpunca dari kerajaan negeri
sendiri.
Umum tahu dan faham bahawa arak telah
dijual secara terbuka di Selangor, waima di kawasan majoriti penduduknya
adalah Melayu dan beragama Islam. Perkara yang sangat mengecewakan ini
sebenarnya telah mempengaruhi pertumbuhan masalah sosial seperti
penagihan dadah dan maksiat yang berleluasa.
Maka amatlah benar apabila Islam melarang
keras penganutnya meminum arak; air yang mabuk lagi memabukkan. Kerana
dari arak inilah, maka akan menyebabkan mereka terjerus kepada masalah
sosial lain seperti berzina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan
bayi.
Statistik terbaru yang berkenaan dengan
peningkatan penagihan dadah dan maksiat sangat mendukacitakan rakyat
Selangor. Lebih-lebih lagi apabila PAS pada waktu bergelar pembangkang
sangat lantang terhadap isu ini. Rupanya PAS hanya juara mulut, yang
tidak mampu merubah keadaan ini malah ianya dilihat lebih serius dari
sebelumnya. Inilah hakikat dan akibat dari bertuankan DAP, di mana
Ronnie Liu menjadi jaguh dalam menyesatkan orang Islam dan Melayu.
Daerah seperti Klang, Sepang dan Petaling
Jaya menjadi juara dalam permasalahan ini. Peningkatan yang mendadak
dari 2008 hingga 2009 ini tidak boleh dinafikan kerana “numbers won’t
lie”, tanyalah Menteri Besar Selangor sendiri.
Selain arak, tumbuhnya pusat-pusat
maksiat seperti cendawan selepas hujan juga menyumbang ke arah gejala
ini. Rumah-rumah urut dan rumah tumpangan (sebilangannya menyebut
sebagai “budget hotel”) telah menyebabkan aktiviti tidak bermoral
seperti pelacuran bertambah. Bilangan sebenar pusat-pusat ini cukup
menakutkan, hanya melihat pada yang “dihalalkan” oleh kerajaan negeri.
Itu belum lagi pusat-pusat yang memegang status “haram”.
Jangan pernah lupa bahawa statistik
terkini kelahiran anak tidak sah taraf di Selangor sudah mencecah suku
juta orang! Tanyalah kepada bekas pesuruhjaya PAS negeri dan
pesuruhjaya PAS negeri yang baru, kerana mereka pernah berhujah tentang
perkara ini di sidang DUN! Masihkah mereka tidak melihat perkara ini?
Statistik meningkatnya penagihan dadah
juga amat membimbangkan. Peningkatannya bererti masalah besar bakal
melanda Selangor.
Kegagalan mendapat bekalan berikutan ketiadaan wang
boleh membawa berbagai-bagai masalah jenayah seperti pecah rumah,
kecurian, ragut malah sehingga tahap yang melampau, membunuh jika perlu!
Kerajaan negeri mungkin boleh memberikan
alasan bahawa mereka fokus untuk membenteras gejala ini dengan kerap
mengadakan serbuan-serbuan terhadap pusat-pusat berkenaan. Namun ianya
secara tidak langsung menunjukkan betapa seriusnya perkara ini pada masa
kini, dari segi jumlah dan akibat. Apakah kerajaan negeri cukup sukar
untuk memahami maksud “prevention is better than cure”.
Pada saat
serbuan dilaksanakan, telah ramai yang terlibat dan mendapat akibat dari
gejala ini.
Dan serbuan demi serbuan tidak bermakna
sekiranya punca segala maksiat ini direstui oleh kerajaan negeri
sendiri! Sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga.
Segalanya berpunca daripada DAP, parti
laknatullah yang menentukan hala tuju Selangor. Tetapi masih ramai pula
orang Islam dan Melayu yang bersekongkol dengannya…
No comments:
Post a Comment