ANIMSI

home

Followers


Tuesday, 27 December 2011

PANAS!! JUTAAN RAKYAT BERSAMA ANWAR??



Tindakan  Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara.

Mengapa pula rakyat dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
Apa pasal nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau pun bersalah Anwar ada ruang buat rayuan.

Rakyat boleh nila sendiri boleh baca  sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara?

 Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?

Anwar sememangnya telah diberi muka.Selama ini Anwar dah  macam-macam menghina mahkamah.

Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh pula konspirasi!.

Kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala kekuatan yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.

Rakyat jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan Negara.


Pssssssss: Anwar Ibrahim semakin terdesak menjelang 9.01.2012 yang bakal tiba tidak lama lagi. Manakan tidak gelisah nya Anwar Ibrahim kerana beliau tidak mampu untuk melawan takdir yang hadir dalam hidupnya atas perbuatan yang beliau sendiri lakukan.

No comments:

Post a Comment