Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia membuktikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan rakyat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan BN
memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas
merdeka lagi.
"Apa sebabnya kita nak tukar kepada parti lain? Ada orang suruh tukar
sebab kononnya BN ini jahat, pencuri, penyangak, korupsi dan sebagainya
tetapi mereka (parti lain) belum diuji macam kita (BN).
Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk
meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 beliau berkata,
akta itu diwujudkan demi menjaga kepentingan pelajar Melayu.
"Pada zaman itu, lebih ramai pelajar Melayu aktif berpolitik
berbanding kaum lain.
Akta itu diwujudkan untuk memastikan mereka
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan seterusnya berjaya.
"Orang Melayu, sudahlah tidak ramai terpelajar, bila masuk universiti
sibuk berpolitik pula, bila masa nak belajar? Saya sendiri aktif
berpolitik masa muda dulu, tapi apabila melanjutkan pelajaran, saya
tinggalkan dunia politik hampir enam tahun dan belajar sahaja," katanya.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meminda AUKU bagi
membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik.
psssssssst: Ada pepatah Inggeris kata, kita jangan sesekali cuba baiki sesuatu
perkara yang sudah berjalan dengan baik kerana kalau salah baiki, nanti
lain jadinya.
Begitu juga dengan sokongan kepada BN... dasar pemerintahan BN yang
seimbang untuk semua kaum dilihat sudah cukup baik.
Jadi tidak perlulah
tukar kepada kerajaan yang belum tentu lagi mampu membela nasib rakyat, rakyat perlu memberi sokongan berterusan kepada BN
kerana ia dapat membantu dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan
mampu berkhidmat demi kebaikan seluruh rakyat serta membina negara yang
berjaya.
No comments:
Post a Comment