ANIMSI

home

Followers


Friday 16 December 2011

Abu Al-Quran yang dibakar boleh menyembuhkan penyakit?











Rahmat menunjukkan abu al-Quran yang dipercayai sesetengah pihak mempunyai khasiat tersendiri.


IPOH - Abu pembakaran al-Quran oleh sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab melupuskan kitab suci yang rosak kini diburu orang ramai untuk pelbagai tujuan, termasuk mengubati penyakit dan ada yang mencampurkannya ke dalam air untuk diminum anak supaya terang hati.

Itu antara perbuatan pelik segelintir orang yang percaya abu al-Quran mempunyai keistimewaan seperti diceritakan pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang menguruskan pembakaran naskah al-Quran untuk tujuan pelupusan.

Katanya, dia menyedari perkara itu selepas orang yang datang mengambil abu berkenaan bertambah sejak berita pembuangan abu puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan ke dalam laut berhampiran Pulau Sembilan di Lumut, Perak, disiarkan media Oktober lalu.

“Kebanyakannya memberi pelbagai alasan. Seorang lelaki mahu mencampurkan abu itu ke dalam air untuk diminum anaknya supaya pandai membaca al-Quran.

“Saya membenarkannya mengambil sedikit abu tetapi memaklumkan hanya untuk sekali. Saya mengingatkan ia tidak boleh dijadikan kepercayaan sebaliknya ikhtiar semata-mata, selebihnya berserah kepada Allah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua yang datang dibenarkan mengambil abu berkenaan naskah al-Quran itu.

Katanya, pertambahan mendadak pengunjung menyebabkannya mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kecurian abu Al-Quran.

Perkara ini mungkin disebabkan kejadian luar biasa ketika proses pembuangan abu pembakaran naskhah al-Quran di Pulau Sembilan apabila abu yang dibuang ke laut, berwarna kelabu yang dianggap pelik berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Ia disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di laut dalam.

No comments:

Post a Comment