ANIMSI

home

Followers


Tuesday 29 November 2011

SEBAB PAS TAK BOLEH GANTI UMNO SEBAB?


Pas tidak boleh menggantikan Umno sebaliknya parti Islam itu kelak akan digantikan DAP.?

Timbalan Pengerusi Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang berlaku hari ini bukan Pas menggantikan Umno seperti dicanangkan mereka kerana Umno parti yang tiada galang gantinya.

“Sebenarnya yang berlaku adalah DAP yang menggantikan Pas. DAP bercakap mengenai Islam, Pas hanya mengiakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas tetap mempertahankan.

“Namun, apabila Pas menyebut tentang negara Islam, pemimpin DAP yang lantang sekali mengecam. Pas hanya diam seribu bahasa. Apakah makna semua ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti Pas.

“DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan Pas? ,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, adalah malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran.

Katanya, Pas bukanlah beria-ia benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan dan telah membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

Psssssssst: Pas sebenarnya dah tersalah langkah duk berbaik dengan DAP sebab termakan hasutan Anwar.

No comments:

Post a Comment