ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 29 November 2011

PANAS: Apa Sebenarnya Berlaku Minggu Lepas...? Perwakilan UMNO Tolong Baca!!


Kalau dilihat kepada apa yang digambarkan di dalam media (The Malaysian Insider) dan Malaysiakini; Kongres PKR digambarkan sebagai sangat berjaya dan mampu meletakkan PKR di landasan kemenangan dalam PRU yang akan datang. Ini cerita pada media sahaja...

Tak berasaskan kepada feedback dan maklum balas yang tepat. The Malaysian Insider dan Malaysiakini nampaknya tak bersungguh sangat nak dapatkan maklum balas ahli PKR yang hadir.

Kepada yang tidak tahu, sebenarnya wujud perpecahan yang sangat nyata di dalam PKR pada ketika ini. Umum tidak mengetahui, bahawa wujud perdebatan hebat antara Anwar dan Azmin di dalam mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi PKR. Dua benda yang Anwar tak puas hati .

1. Langkah MENGGESA UMNO/BN Meletakkan Klausa Melayu Sebagai PM.

Anwar menganggap usaha tersebut sebagai tindakan bodoh dan tidak memandang ke depan. Sudahnya, PKR sendiri kena memperbetulkan statement yang dibuat oleh Ketua Pemuda. Anwar marah.., kerana jika UMNO berani menyahut gesaan itu; PKR dan PAS akan kelihatan sebuah parti yang sangat dungu di kalangan orang Melayu. Anwar minta Azmin dan Ketua AMK lihat kembali kepada fakta.

PKR memerlukan undi Melayu pada ketika ini. Jika UMNO membuat keputusan membawa semangat sama – PKR dan PAS akan berdepan dengan suasana politik yang sukar.

Semua sound bytes Ketua AMK sepatutnya dibawa kepada pengetahuan Timbalan Presiden parti. Azmin sepatutnya menjaga apa yang bakal diperkatakan oleh AMK supaya tidak meletakkan parti di dalam keadaan yang sangat bermasalah.

2. Retorik Runtuhkan Pagar Penjara

Anwar sebenarnya sangat marah kepada Azmin dengan ucapan itu. Malahan, dalam mesyuarat tertutup kepimpinan, Anwar bertanyakan soalan kepada Azmin – ‘You dah tak sabar sangat jadi Presiden?’.

Anwar berang kerana tindakan Azmin seolah-olah sudah meletakkan parti dalam keadaan defensif. Azmin sudah seolah-olah mengurus parti tanpa Anwar! Ini yang mendatangkan kemarahan Anwar dalam mesyuarat tertutup tersebut.

Nampaknya PKR berada dalam suasana yang sangat tidak selesa.

Siapa yang paling dapat tumpuan dalam Kongres PKR?

Dalam konteks politik PKR; pemenang terbesar Kongres PKR tempohari adalah Khalid Ibrahim. MB Selangor ini bijak mengurus diri dan pandai mengambil hati perwakilan.

Setpol MB juga memainkan peranan yang sangat besar. Bisikan bahawa ‘Kak Wan sangat selesa dengan Khalid Ibrahim...’ bermain di bibir perwakilan.

Malahan, kebanyakan perwakilan merasakan Khalid lebih mempunyai AURA sebagai Timbalan Presiden berbanding dengan Azmin Ali.

Faekah menyusun jentera ‘bisikan’ yang mantap sewaktu Kongres berlangsung – termasuk membisikkan bagaimana PKR hidup di Selangor kerana kerja kuat MB yang sangat strategik dan tersusun.

Nama Kak Wan sentiasa meniti di bibir Khalid Ibrahim.

Nampaknya fokus Kongres PKR sudah tersasar. Mereka lebih banyak menyusun strategi untuk menumbangkan individu tertentu.

Sampai ke sudah – Kongres PKR tak lebih daripada agenda makan-makan.., ampu-ampu.., dan bodek-membodek...! Anwar sendiri tak seronok.

No comments:

Post a Comment