ANIMSI

home

Followers


Tuesday 4 October 2011

PANAS: ANWAR KENA HENTAM BAHAWA FAHAMAN LAIN??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcSfpRIjWhU0BVfT1HSMlTS1OSVDmhflbtons-7iMHL2680MrauHMrOM76GmPQUR9MAJeXBYJHBrvfwl4f94QuJgV4cTpUWh0z1q3kwhNyVVQj1RBG7eKTg15FA5CW67xF0i8V0H429TE/s400/anwar+ibrahim+sex+scandal2.jpg


     Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) diminta mengambil tindakan segera ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang itu pernah memberikan ucapan berunsur fahaman pluralisme.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman pluralisme itu sebagaimana yang dirujuk dalam ucapan Anwar pada 18 Mac 2008 di London School of Economy adalah jelas sekali menyeleweng dari sudut akidah Islam dan dikategorikan sesat.

Justeru, katanya, Jakim perlu mengambil tindakan serupa sebagaimana yang telah dikenakan terhadap ajaran-ajaran sesat sebelum ini seperti gerakan al-Arqam dan Ayah Pin.

''Saya mendesak Jakim mengambil tindakan kerana soal akidah tidak boleh dipermainkan.
''Saya juga menyeru rakan-rakan ulama dalam Pas supaya memperbetulkan fahaman Anwar sebelum mereka bercakap mengenai hudud.

Jika dalam kumpulan mereka sendiri mempunyai asas fahaman tidak betul seperti ini, bagaimana mereka mahu laksanakan kepada orang lain?'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Jakim buat pertama kali hari ini mengesahkan bahawa ucapan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai unsur-unsur pluralisme berdasarkan jawapan jabatan itu kepada soalan yang diajukan oleh Zulkifli dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, fahaman pluralisme adalah berbeza dengan konsep pluraliti yang mana Islam menghormati dan menerima kepelbagaian agama sebaliknya menentang fahaman pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama lain.

''Saya sendiri akan menulis kepada Anwar berhubung isu ini dan meminta beliau segera pulang ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain berkata, Anwar telah bertindak melampaui batas apabila sanggup menggadaikan maruah Islam melalui fahaman pluralisme tersebut.

''Saya secara peribadi meminta beliau bertaubat dan insaf.
''Impian untuk menjadi Perdana Menteri bukan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri," katanya.


pssssssst: teruk anwar kena dengan ABIM. Anwar takut betul kena hentam..

No comments:

Post a Comment