ANIMSI

home

Followers


Wednesday 26 October 2011

NIK AZIZ: "ZAMAN BERCAKAP HUDUD DAH HABIS"-NIK AZIZ

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJnfzuC2kgjbQcziX9g-F6kpBJz8CVu-H5LEg2oi8jeRNb0HQQDxMiEJEQXzcvK_eMQpUWPi5LTSxSFtBWzAf1bFc7jXDfnijlhxN_LGCOIEW8RepBxXbn4nysnqKzYpMIwpItBP91U10/s400/Nik+Aziz+nangis+zoom.jpg


    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) tidak mahu lagi bercakap dan menjawab soalan daripada media mengenai hudud bermula hari ini.

Malahan beliau turut mengumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai jurucakap rasmi mengenai isu hudud.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekarang sudah sampai masanya untuk melaksanakan hukum tersebut dan bukannya hanya bercakap kosong.

"Saya sudah berjanji tidak mahu bercakap lagi mengenai hudud. Hanya Mohd. Amar seorang sahaja yang akan cakap mengenai hudud supaya tidak celaru.

"Zaman bercakap hudud sudah habis, sekarang masa bertindak, kita sudah buat jawatankuasa, biar jawatankuasa tentukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan penyampaian sumbangan sempena Aidiladha 2011 di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pihaknya tidak memberi tempoh masa tertentu kepada Jawatankuasa Pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan untuk menyiapkan kajian mereka.

Hari ini, Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam ruangannya Cuit membidas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang hanya banyak bercakap daripada bertindak melaksanakan hudud di negeri ini.

Kelmarin, Kerajaan Pas Kelantan mengumukan pembentukkan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.


pssssssssst: Nik Aziz frust dengan PKR dan DAP sebab tak mahu hudud..biar PAS sahaja yang buat!!



2 comments:

  1. Kalau nak berjuang menguatkan Islam, mintalah tolong dengan Allah, bukan dengan orang kafir dan musyrik.

    ReplyDelete
  2. PAS KALAU BETUL BERJUANG BOLEH BUAT HUDUD TANPA PKR DAN DAP..

    ReplyDelete