ANIMSI

home

Followers


Friday 7 October 2011

IBRAHIM ALI TERTIDUR DI PARLIMEN LAGI? MINUM UBAT BATUK DEMAM..

http://media1-cdn.malaysiakini.com/402/5b21980ea389c0fad8a0dfd9eade8a9f.jpg

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mencuri perhatian sidang Dewan Rakyat apabila mengulas mengenai gambar yang menunjukkan beliau tertidur ketika sidang dewan semalam yang tersebar dengan meluas di Internet.


Menurut Ibrahim, beliau tertidur kerana sebelumnya mengambil ubat batuk dan demam kerana tidak sihat.
''Saya tertidur dua tiga minit sahaja, tetapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.

''Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa, saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Pos 2011 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambahnya, beliau berasa kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi gambar itu kerana sidang dewan sangat menyedari beliau adalah antara ahli Parlimen yang aktif.

''Kalau mahu buruk-burukkan saya pun, carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan ini merupakan penghormatan kepada saya," katanya.

Isu gambar itu kemudiannya mendapat teguran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang menegaskan adalah menjadi kesalahan mengambil gambar dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Ibrahim tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab mengambil gambar itu namun meyakini ia perbuatan ahli Parlimen pembangkang.


psssssssssst: Ibrahim Ali demam dan batuk minum ubat tu yang tertidur tu...hehe hari ini dah sihat ke nak dengar bajet 2012 ni..hehe

2 comments: